19 February 2013

Three Big Boy

Salam semua..

Bulan februari bulan cinta..iyeke? terpulang pada diri masing-masing nak definisikan macam mana.. lagipun dalam islam, haram kita meraikan valentine's day kan kan kan..
tiap-tiap bulan tu bulan cinta, setiap hari setiap jam setiap minit setiap saat setiap detik semuanya ada cinta.. cinta..cinta..
alahai..ape pulak yang aku dat mula melalut ni, haha.. sebenarnya aku nak cerita dalam bulan februari ni ada tiga orang "bigboy" yang telah selamat dilahirkan..

16 Februari - Aiman, adik bongsu
18 Februari - Qayyum
19 Februari - Afiq, adik ke-3


I can’t put a price on our memories, but I can make them better by adding a few more to the pile! Happy birthday, love..love..love..
Semoga berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah.. amin

saja nak letak gambar kek coklat moist nie..heheh.. nak resepi pergi kat link ni eh..  KEK COKLAT MOIST



*p/s: You aren't getting older, you are getting better..



18 February 2013

Final year final semester

Assalamualaikum semua...

Hari ni, sem 2 dah pon bermula.. ini last perjuangan aku, final year final semester untuk degree. Alhamdulillah, lagi 4 bulan aku akan habis belajar, bekerja.. wah wah wah.. rase macam takut pun ada..

Sebenanrnya yang aku nak share kat korang ni, pasal jadual kelas aku la..alahai, dah lama xde kelas malam bile dah jadi final year student ni tiba-tiba kena hadap kelas malam. Bukan setakat sehari dua tapi tiap-tiap malam ok, huwaaarghhhhhhh.. Isnin ok la, aku suka sangat haha sebab nya tak ada kelas langsung, tapi selasa petang dan malam ada, lepas tu rabu sampai jumaat semuanya kelas malam... hahah..ok siang tak ada kelas.. ermmmmm mungkin saja nak suruh aku siap kan final year project kan.. kau memang saja kan...

Selamat lah aku tak balik batu pahat lagi, sebabnya bukan ade kelas pun hari isnin.. ok, nak kemas-kemas petang ni nak kena balik sana.. Alahaiiii malasnya! Tak suka balik sana.. haha..



*p/s: Semoga semuanya dipermudahkan Allah, amin..
 

15 February 2013

Puding Roti Coklat

Assalamualaikum semua...

Semalam aku buat puding roti coklat tanpa telur tau, dah lama tak makan.. tu yang tiba-tiba rasa mengidam pula nak makan. Kebetulan stok roti kat rumah memang tak terusik langsung, so aku pun membantu mengelakkan pembaziran, ecececehhh sebenarnya kalau pasal makan laju je kan kan kan..hehehehee

Kalau korang nak tahu, resepi ni aku buat sendiri tau disebabkan tak ada stok telur kat rumah, kihkihkih.. aku buat berdasarkan bahan yang tersedia kat rumah, malas nk pergi kedai kan..hahah...

Puding Roti Coklat


Bahan-bahan:




3 keping roti gardenia
1 1/2 cawan susu segar 
Coklat chip

1sdb gula perang 
2sdb koko
1sdb tepung susu berperisa coklat
1sdb butter
1sdt nescafe 3 in 1
1/2 cawan air


Cara-cara:

Mula-mula
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius
menggunakan api atas bawah ye..




Langkah pertama;
sapukan butter pada roti dan carik-carikan roti tersebut. Susun dalam loyang.
Sambil itu, taburkan coklat chips ke atas roti tersebut. Letak banyak lagi best tau!
yummy!


Lepastu tuang susu ke atas roti tersebut. 
Tekan-tekan roti tu tau sebab nak bagi roti menyerap susu itu, 
tapi tak perlulah tekan dengan emosi bagai, haha.. 
agak-agak jek ye..
Ok, siap!
So, kita biarkan roti ni dulu.



Langkah kedua;
Cairkan butter dahulu.
Lepas itu, campurkan gula perang, koko,  tepung susu berperisa coklat, 
susu pekat, tepung jagung dan air.
Masak atas api perlahan sampai larut.




Selepas dah larut, tuangkan campuran tersebut ke atas roti.



Ok, siap..
Bakar selama 45 minit.




Tengok die naik, cantik jek! tapi, nanti dah siap masak dah sejuk die pon xde dah nak naik macam tu lagi..haha

Lepas bakar, leh simpan dalam peti sejuk. 
sedap di makan sejuk sujuk tau, nak nak
ada sos coklat...
perghhhh meleleh

Untuk resepi sos coklat, boleh pilih resepi kat SINI ye!



*p/s: memasak satu kebahagiaan, lagi terasa bahagi bila orang yang makan tu bahagia..  Itulah kepuasan! heee

14 February 2013

Kek Coklat Moist III

Salam semua..

Aku nak share lagi resepi kek coklat moist, ahhaa.. ni resepi ke-3 yang aku share kan since aku ni pengemar kek coklat yang tegar so aku suka mencuba semua resepi yang berkaitan dengan kek coklat. Alhamdulillah semua resepi yang aku cuba memang confirm sedap, yummy!!!

Resepi Kek Coklat Moist yang ni aku dapat dari JOMMASAK tau! Saja wat sempena nak celebrate 2 bigboys kat rumah ni yang kebetulan 2-2 nya lahir dalam bulan cinta ni, ececececehhhh...
Resepi ni aku ade ubah sikit2 mengikut bahan yang ada kat rumah n masih tetap sedapppp tau!

Untuk resepi kek coklat moist yang lain boleh klik link ni tau! Kek Coklat Moist dan Kek Coklat Moist II.


Kek Coklat Moist III bersama strawberry cinta 

Resepi Kek Coklat Moist III;

Bahan-bahan
- 2cwn tepung gandum
- 1sdt baking powder
- 1sdt soda bikarbonat
 **ayak bahan diatas


- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat
- 1cwn air panas
- 1cwn air biasa
- 4sdb susu tepung berperisa coklat
- 1cwn minyak masak
** masak sume bahan di atas menggunakan api slow sehingga larut

- 2 biji telur A
- 1sdt esen vanila


Cara-cara

1. Pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer), masukkan esen vanila.
2. Masukkan bahan yg dimasak tadi dan kacau sebati.

3. Masukkan tepung yg diayak sikit2 sambil kacau hingga larut.
4. Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris dengan majerin or butter.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik.
6. Kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana.
7. Tunggu sejuk sebelum dituang topping.


untuk topping coklat, korang boleh tengok dekat sini eh TOPPING COKLAT.


*p/s: sedap sangat bila dapat makan dengan strawberry + topping coklat banjir!



Dropbox...Apa tu?

Salam semua..

Kali ni aku nak share dengan korang aplikasi yang menarik...Dropbox!
Dropbox ni fungsinya macam pendrive la, cuma nya kita x perlulah nak usung pendrive tu kesana kemari. As long as ade internet, kat mane2 kita boleh access dropbox ni, komputer  kat rumah, latop mak, latop ayah, latop membe, handphone senang cite kat mane2 pon boleh lah, yg penting korang dh download aplikasi Dropbox ni.. tu jek, mudahkan!




so, aku nak share tentang kelebihan penggunaan dropbox ni;

1. Dengan dropbox fail-fail kita akan sentiasa updated!
Let’s say you’re editing a document in your Dropbox folder. As soon as you press Save, Dropbox will update this file to all your other computers and mobile devices instantly and automatically. It’s as if you saved the document to all of your computers at the same time. Ini memberikan kita kelebihan untuk bekerja di mana-mana dan sentiasa mempunyai fail yang kita perlukan. Easy right?

2. Dropbox memudahkan kita share fail dengan cara yang sangat senang!
Kita boleh share folders ataupun photo albums melalui dropbox! Simply put the folders you want to share in your Dropbox, and invite people to them. You can also send people links to specific files within your Dropbox. This makes Dropbox perfect for team projects. 

3. Dropbox membolehkan kita undo atau undelete files. 
Setiap kali kita save a file in Dropbox, Dropbox syncs it to our secure servers. Dropbox keeps a history of every change you make so that you can undo any mistakes and even undelete files. By default, we keep 30 days of history for all your files. We also have an unlimited undo option called “Pack-rat”.

Jom lah kita download dropbox!  pergi kat site ni, https://www.dropbox.com/  then daftar ape yg patut pastu enjoy la guna dropbox ni ye! Ni aku ada tunjukkan cara nak guna dropbox. tutorial dropbox


*p/s: dropbox ni dah lama dah tapi aku nk share jugak kat korang, xkire! ahaha




13 February 2013

Kursus AutoCAD oleh 3P

Salam semua...

Pada 21 Januari - 5 Februari yang lalu, aku telah berjaya dan selamat mengikuti program AutoCAD anjuran 3P.
3P tu sebenarnya PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESSIONAL. Penyertaan terbuka kepada pelajar IPTA sahaja.
Kelebihan? of course lah, Kursus percuma + certificate yang diktiraf. Haha!
Cth: Kalau nak ambil private kursus AutoCad dekat luar, kurang2 RM 3k tau.


Alhamdulillah aku passed examination yang ditetapkan untuk dapatkan certificate. 

Hari pertama kursus ni ok, belajar kat makmal yang telah ditetapkan. everything going smoothly. Tapi, masa hari ke-5 tetibe ada bunyi jatuh kat syiling makmal tu tau, jeng3.. then syiling pon dah mula melendut, haha.. thu x melendut tu ape? haa.. google jek la..xreti aku nk terangkan..
Since ada lg 45 minit kelas nak habis, kami hanya mampu berdoa semoga tak ada apa-apa yang berlaku. 

Hari ke-6, macam biasa bangun pagi sarapan pagi then pegi kelas macam biasa. Sampai jek tengok semua pelajar kat luar, haaa... baru teringat apa yang berlaku semalam masa kat makmal. So, aku n membe2 cepat2 pergi tengok kat kelas.. ok keadaan sekarang makin bahaya, so kami tunggu technician datang. Bile technician sampai jek, hambik kau seluruh syiling tu jatuh habislah menghempap komputer-komputer yang ada. so kelas cancel! ganti hari sabtu. okfine.. ahamdulillah tak ada kecederaan yang berlaku.

The next day, kami terpaksa pindah makmal.. xkan nk belajar kat makmal yg dah hancur tu kan..hik3.. 

Kenangan makmal sebelum peristiwa hitam berlaku, hitam lah sangat kan..heeeee

bahagia time ni, sebab sambil belajar boleh curik2 fb n twitter, haha xsenonoh!

ha.... nampak x syiling tu dah melendut! 

hancur musnah makmal ku..sobsobsss

pindah makmal baru! susah sikit nak online sbb die block fb n twitter, alahai....

Kenangan hari terakhir!

*p/s: Bahaya ada dimana-mana, sentiasa berdoa semoga kita berada dalam pelinduganNya.. Amin.

♥ 23 ♥

Salam semua..



Alhamdulillah pada 24 Januari yang lalu, maka genaplah umur aku 23.. syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan yang tak terhingga untuk diriku. Moga aku lebih tabah, sabar dan kuat dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang bakal mendatang ini. Amin..

Tahun ni aku bertuah tau sebab birthday aku kali ni, sama dengan tarikh Maulidur Rasul S.A.W.. so, semua orang dapat cuti sempena hari kelahiran aku tau, haha..

Terima kasih tak terhingga atas semua ucapan oleh kaum keluarga, rakan-rakan.. Mudah-mudahan doa kalian semua dimakbulkan, InsyaAllah.

Haha, aku ni dah macam buat ucapan kat Anugerah Bintang Popular plak kan..kih3.. tapi aku tak kira nak juga wat ucapan ni semua.. ahha.. ok2 sambung balik pada cita td.. Thanks a lot pada housemate tercinta yang ada kat rumah sewa, kebetulan masa ni tengah cuti semester so x semua yang ada cuma yang ada kak zack and ella jek, thanks sgt2! thanks jugak kat ina yg turut same2 celebrate birthday aku.. sayang korang ketat2! sempat jugak lah, kami wat sesi bergambar outdoor special untuk birthday girl ni ha..



Weekend nya plak, aku pon berambus lah balik melaka tercinta nk celebrate bersama keluarga tercinta pule.. tapi gambar bersama famili xde plak.. gambar gambar ada dlm kamera kat adik, terlupa plak nk copy... 
BFF pon turut same meraikan birthday aku and azma.. thanks syg syg.. love u muaahhh!!



*p/s: thanks semua, love ketat ketat!