15 February 2013

Puding Roti Coklat

Assalamualaikum semua...

Semalam aku buat puding roti coklat tanpa telur tau, dah lama tak makan.. tu yang tiba-tiba rasa mengidam pula nak makan. Kebetulan stok roti kat rumah memang tak terusik langsung, so aku pun membantu mengelakkan pembaziran, ecececehhh sebenarnya kalau pasal makan laju je kan kan kan..hehehehee

Kalau korang nak tahu, resepi ni aku buat sendiri tau disebabkan tak ada stok telur kat rumah, kihkihkih.. aku buat berdasarkan bahan yang tersedia kat rumah, malas nk pergi kedai kan..hahah...

Puding Roti Coklat


Bahan-bahan:




3 keping roti gardenia
1 1/2 cawan susu segar 
Coklat chip

1sdb gula perang 
2sdb koko
1sdb tepung susu berperisa coklat
1sdb butter
1sdt nescafe 3 in 1
1/2 cawan air


Cara-cara:

Mula-mula
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius
menggunakan api atas bawah ye..




Langkah pertama;
sapukan butter pada roti dan carik-carikan roti tersebut. Susun dalam loyang.
Sambil itu, taburkan coklat chips ke atas roti tersebut. Letak banyak lagi best tau!
yummy!


Lepastu tuang susu ke atas roti tersebut. 
Tekan-tekan roti tu tau sebab nak bagi roti menyerap susu itu, 
tapi tak perlulah tekan dengan emosi bagai, haha.. 
agak-agak jek ye..
Ok, siap!
So, kita biarkan roti ni dulu.



Langkah kedua;
Cairkan butter dahulu.
Lepas itu, campurkan gula perang, koko,  tepung susu berperisa coklat, 
susu pekat, tepung jagung dan air.
Masak atas api perlahan sampai larut.




Selepas dah larut, tuangkan campuran tersebut ke atas roti.



Ok, siap..
Bakar selama 45 minit.




Tengok die naik, cantik jek! tapi, nanti dah siap masak dah sejuk die pon xde dah nak naik macam tu lagi..haha

Lepas bakar, leh simpan dalam peti sejuk. 
sedap di makan sejuk sujuk tau, nak nak
ada sos coklat...
perghhhh meleleh

Untuk resepi sos coklat, boleh pilih resepi kat SINI ye!



*p/s: memasak satu kebahagiaan, lagi terasa bahagi bila orang yang makan tu bahagia..  Itulah kepuasan! heee

1 comment: