~PUDING BISKUT~
bahan-bahan;
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
sedikit coklat rice
biskut cream crackers
cara-cara;
1. campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, esen vanila dalam periuk;
kacau sehingga sebati
2. kemudian letakkan atas dapur dengan api yang perlahan.
kacau bahan sehingga pekat (mesti kacau selalu takut berketul-ketul).
3. celupkan biskut ke dalam air supaya lembut, bukan sampai lembik tau
n lepas tu susun biskut dalam loyang/bekas.
4. setelah adunan pekat, tuang sedikit ke atas lapisan biskut dan ratakan sehingga menutupi semua biskut.
5. taburkan coklat rice di atas lapisan tadi.
6. kemudian, susun biskut lagi ke atas lapisan coklat rice tadi.
7. tuang sekali lagi adunan ke atas lapisan biskut dan ulang langkah 4, 5 (ikut suka nak berapa banyak lapisan, selalu buat sampai adunan susu cair tu habes!(ikut suke la eh)
8. biarkan seketika, kemudian masuk dalam peti sejuk. makan bila sejuk!
p/s; mmg sgt2 sedap, mudah n jimat! rugi kalau xcube...hehe
Salam
ReplyDeletemenarik ni suka juga deseert cam ni..ada kasted sdp tu