Salam semua..
Aku nak share lagi resepi kek coklat moist, ahhaa.. ni resepi ke-3 yang aku share kan since aku ni pengemar kek coklat yang tegar so aku suka mencuba semua resepi yang berkaitan dengan kek coklat. Alhamdulillah semua resepi yang aku cuba memang confirm sedap, yummy!!!
Resepi Kek Coklat Moist yang ni aku dapat dari JOMMASAK tau! Saja wat sempena nak celebrate 2 bigboys kat rumah ni yang kebetulan 2-2 nya lahir dalam bulan cinta ni, ececececehhhh...
Resepi ni aku ade ubah sikit2 mengikut bahan yang ada kat rumah n masih tetap sedapppp tau!
Untuk resepi kek coklat moist yang lain boleh klik link ni tau! Kek Coklat Moist dan Kek Coklat Moist II.
Kek Coklat Moist III bersama strawberry cinta |
Bahan-bahan
- 2cwn tepung gandum
- 1sdt baking powder
- 1sdt soda bikarbonat
**ayak bahan diatas
- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat
- 1cwn air panas
- 1cwn air biasa
- 4sdb susu tepung berperisa coklat
- 1cwn minyak masak
** masak sume bahan di atas menggunakan api slow sehingga larut
- 2 biji telur A
- 1sdt esen vanila
Cara-cara
1. Pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer), masukkan esen vanila.
2. Masukkan bahan yg dimasak tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg diayak sikit2 sambil kacau hingga larut.
4. Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris dengan majerin or butter.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik.
6. Kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana.
7. Tunggu sejuk sebelum dituang topping.
untuk topping coklat, korang boleh tengok dekat sini eh TOPPING COKLAT.
*p/s: sedap sangat bila dapat makan dengan strawberry + topping coklat banjir!
No comments:
Post a Comment