Bahan:
1 biji mangga besar atau 2 biji mangga sederhana, masak ranum isinya lbh kurang 1 cwn
2 sudu besar biji sagu kecil
1/3cwn susu pekat manis
1/2cwn susu segar / susu cair
Sedikit ice cubes
Cara:
1. Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.
2. Didihkan 1cwn air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam
4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.
3. Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4cwn untuk perhiasan.
4. Blend baki mangga, susu pekat manis, susu segar dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar / susu cair jika inginkan adunan lebih cair.
5. Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas.
6. Hiaskan atasnya dengan baki 1/4cwn mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
*p/s: Aku dah cuba td, sumpah SEDAP! =)
asyik post masakan je!
ReplyDeletehaha..aku suke masakan, cmne nk wat..hehe..
ReplyDelete