28 July 2012

Apam Polkadot

Salam semua..
Hye all! Aku nak share resepi apam polkadot. dah 3 kali aku buat, cara nak buat tu mmg sng jek tau, TAPI yang susahnye n agak leceh sikit bile kite nak men dot dot kan apam kite tu. Part yg tu perlukan kesabaran yang tinggi. 1st time buat xsemestinya berjaya, so kite kene praktis lah selalu ye.. Alhamdulillah, kali ke-3 aku buat, akhirnya berjaya buat apam polkadot ni. Oh ye, resepi apam polkadot ni agak keras sikit, so mungkin boleh kurangkan tepungnya untuk bagi apam ni lebih lembut dan gebu.. 


Percubaan ke-3, semakin baik..hehe

Siap dipacking, aku bawa ke office sempena Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena menyambut bulan ramadhan.


RESEPI APAM POLKADOT ♥

Bahan-bahan;
3 biji telur
275g tepung gandum / tepung superfine
220g gula halus / kastor
150g susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna dan pes yang disukai
inti; coklat, jem, nutella, kaya, dan lain2

Cara-cara;
1. Putar gula, telur dan ovellete hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan warnakan mengikut warna kesukaan anda. Boleh letak paste juga.
5. Masukkan ke dalam piping bag.
6. Masukkan adunan tadi separuh dari papercup, diikuti inti. Kemudian, masukkan separuh lagi adunan ke atas inti tersebut.
7. Buat bentuk dot dot di atas adunan yg telah diletakkan dalam papercup yang dialaskan dengan lompang/acuan.
8. Kukus selama 10 minit.

*p/s: papercup yang aku gunakan bersaiz almond london, so apam polkadot ni comel lah mcm tuan nye jgk, ahakz :P



No comments:

Post a Comment