Bahan-bahan; ( +- 20 biji )
1 biji telur
5 sudu besar susu segar
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan gula halus
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk coklat
50g coklat masakan
minyak secukupnya
kelapa kering / milo / koko
Cara-cara;
- Ayak tepung dan serbuk koko.
- Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
- Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
- Gorenglah sehingga masak.
- Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering. Kalau tak ada kelapa kering boleh ganti dengan milo atau koko.
- Siap utk dihidang.
*p/s : selamat mencuba ye =)
No comments:
Post a Comment