28 February 2013

Roti Naan Chese Sedap di Batu Pahat

Assalamualaikum semua...

Tahu tak kat Batu Pahat ni memang ada banyak tempat makan yang best best tau! Siyesly, memang heaven gile..haha.. kat sini kan ada mee racun, briyani gam, asam pedas, kerang sambal a.k.a kerang bakar dan macam-macam lagi lah.. dah hampir 4 tahun aku kat batu pahat ni tau jadi warga UTHM.. Alhamdulillah, dah nak habis dah perjuangan aku kat sini.. insyaAllah engineer to be, amin.

Since Batu Pahat ni memang terkenal dengan makanan yang best -best, aku kalau keluar kat Batu Pahat ni memang pergi jalan jalan cari makan jek la..heheh... lepas dah makan nanti mula lah kunun kunun nak diet sebab asyik makan jek..hahahaha... biasa lah nama pun perempuan kan.

Sebelum ni aku pernah share kan kedai makan Cuppacake B'Licious , tadi pun aku pergi lagi tau bawak adik aku..hehe.. dia saja datang Batu Pahat ni nak berjimba jimba dengan aku. memandangkan die lah yang bagitahu aku pasal Cuppacake B'Licious, so mestilah wajib bawa beliau ke kdai makan tu kan..hehe..



Hari ini aku try kek German  Black Forest, ok lah untuk pengemar black forest memandangkan aku tak minat sangat black forest aku rasa ok lah..haha sebab aku ni peminat kek coklat yang tegar ye..kihkihkih.. yang bawah nya pula aku order air limau suam je memandangkan aku tengah puasa cafein dan ais, heeee next time aku story nape aku puase ya! 

ha.. berbalik pada cerita yang sebenarnya roti naan cheese yummy sedap sangat kat batu pahat ni ha..hahha.. sedap sangat roti naan cheese ni tau
dia punya cheese perghhhh macam pizza tau! hehe..

 
sedap kan! 
kalau datang kedai ni wajib makan roti naan cheese + ayam tandori
pergh memang terangkat wa cakap sama lu
hehehehehe


Selain tu, makanan yang best kat kedai ni ialah bubur ayam. sedap!
so apa lagi jom lah datang.. 
btw, aku terlupa pula apa nama kedai ni..hihi.. ampun ya ibu ibu bapak bapak





27 February 2013

Cuppacake B'Licious

Assalamualaikum semua...

Petang tadi aku dah sampai batu pahat, lepas je hantar yati balik kolej dia terus bawak kete laju laju pergi kelas pulak..nasib sampai on time, hehehe... selalu wat keje cam ni, hahaha

Lepas magrib siap siap pergi makan kat kedai Cuppacake B'Licious. Kakak ni biasanya die jual online jek tau, so kedai dia ni baru jek bukak.. baru 2 hari, kira kami ni antara customer yang awal la..
Macam-macam menu dia ada tau antaranya;

  laksa johor
  asam pedas
  nasi ayam bumbu 
  nasi baryani ayam dan kambing
cakes
cupcakes
durian crepe
cakes in jar

Ini lah kedai nya..dekat jek tau dengan carrefour batu pahat tu...

cakes in jar dan blueberry tart
Cookies

aneka crepe



Menu yang aku makan, nasi ayam bambu, eh silap nasi ayam bumbu..hehe.. ampun pak!
nasi ni ala2 ayam penyet la cuma nya, ayam dia tu berempah tak macam ayam penyet yang sememangnya dah penyet..hehe.. makan dengan kari dan sambal belacan..



makan makan bersama housemate! semuanya nak pakai pakaian tema pink! haha 
i love pink! oh yeaaa...

So ape lagi pada sesiapa yang berdekatan tu jom la singgah.. hehe.. next entry nanti aku share kan tempat-tempat makan yang best di area batu pahat ni ye..




25 February 2013

Yakinlah wahai hati ♥



Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh.. 
mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita.. 
janji Allah itu pasti


Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh.. mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita.. janji Allah itu pasti

Yakinlah wahai hati ♥

Lembaga Perumahan Melaka

Assalamualaikum semua...

Hari ni tak lah busy sangat, tapi badan dah terasa letih yang amat.. nape erk? nie yang nak cari vitamin untuk badan...haihhh, buat kerja sikit tapi letihnya lama..alahai... ha, aku tengah tengok produk2 yang best kat pasaran sekarang ni..

Benda yang buat aku letih ni, bukan buat apa pun.. aku pergi collect data kat lembaga perumahan melaka (LPM) untuk projek sarjana muda(psm) a.k.a final year project(fyp). Nak pergi dah kena harung jem, 1 jam drive..penat woo even aku dah biasa drive melaka-batu pahat sorang2 tapi kalau jem memang letih..
Lagi tambah letih, bila aku dah pergi collect data then baru sedar yang data aku perlukan aku tak dapat, aku terlupa! alahai, baru umur 23 tahun dah nyanyuk..mak!!!!!!!!!!! tolonglah anakmu ini..sobss....
so, esok kena lah aku call semula.. kalau kena pergi LPM semula ayoyoyo manyak penat woooo nak drive..
Kalau collect data tak betul maknanya mati! hahaha... tak lah sampai mati kan tapi susah lah aku, kalau data tak betul macam mana nak proceed buat psm..

Lembaga perumahan melaka terletak di tingkat 10 bangunan pknm ni tau..alah bangunan ni sebelah mitc, senang jek kan nk cari...



*p/s: hope esok dapat collect data, amin..

24 February 2013

Burger Bakar Abg Burn di Melaka

Assalamualaikum semua...

Dah pernah cuba burger bakar abg burn tak? Femes tau burger bakar abg burn ni... tapi aku tak sempat pulak nak kenal siapakah gerangan "abg burn" ni ha.. 
Petang semalam, ecah twitt ajak pergi makan burger balar abg burn. Kebetulan aku dah memang nak balik melaka, so on jek la.. Lagipun aku dah pernah sampai before this dengan adik aku, so tak ada masalah lah nak cari tempat kejadiannya.  
So, kami pun pergilah dinner kat selera kampung, semata-mata nak menjayakan misi memakan burger bakar abg burn ni ha... so untuk pengetahuan korang, abg burn dah buka cawangan dia kat melaka tau kat Kg. Morten..alah kat tepi sungai melaka jek tu... seronok lepak situ malam-malam tau..




Pelan Lokasi Burger Bakar Abg Burn Melaka

so..ape lagi cepat-cepat lah pergi makan burger bakar abg burn ni tau.. aku dah pergi, korang bila lagi?? haha..annoying gila kan ayat aku ni..hehe.. Kalau tak caya tengok ni ha, bukti kenapa korang kena pergi..



Haaaaaaaa..... see! 
sedap kan beger tu bertingkat tingkat lagi..kelas kau jah! haha.. 
dah boleh jadi model untuk burger bakar abg burn ni 
kan kan kan.. 



bersama ecah, bahagia jek muka memasing dah dapat makan burger bakar abg burn
erkkkkkkk.. alhamdulillah
bila perut kenyang hati pon senang hati lah kan!
gegegegegegeg



hahaha amy dengan gaya joyah nye, sibuk bercerita ntah ape yg joyah ni tengah cerita pon 
aku dah tak ingat..hahha..ampun amy!



tasya dan yati khusyuk dengar amy bercerita la ni..hahahah



kami berlima tanpa azma a.k.a jemah..haha






*p/s: pada sesiapa yang belum cuba lagi tu, apa lagi pergilah cuba..tau tau!






21 February 2013

LA TAHZAN


♥ UJIAN ITU TARBIYAH DARI ALLAH ♥

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
 

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (al-Baqarah: 45)

*p/s: ~ CINTA ALLAH CINTA ABADI~

Tutorial Dropbox

Salam semua..

Pernah dengar dropbox tak? haaa... aku penah post pasal dropbox sebelum ni.. Kalau nak tahu dropbox tu ape.. klik kat sini eh.. DROPBOX. So kali ni, aku nak dhare cara nk menggunakan dropbox ni. Selamat berjaya ye!  


Open the website www.dropbox.com and download dropbox.






Selepas berjaya install dropbox, dropbox setup akan keluar untuk tanya sama ada kita dah ada dropbox account ke tak. untuk yang tak pernah guna lagi dropbox, klik pada I don't have a dropbox account.



so, korang bolehlah terus register untuk bukak account dropbox.


Lepas tu, mestilah nak yang free kan..haha.. pilih pada 2GB untuk dropbox size. nanti korang akan dapat 250MB free sebab register dropbox ni tau..


Then, choose the typical.


Ok done!!!
Selepas itu, ada intro sedikit untuk penggunaan dropbox..
Nanti ada special folder untuk dropbox dalam komputer kita. So, senang jek just masukkan folder dalam dropbox then dia akan appear juga pada komputer yang lain.. sangat senangkan. 


Part paling best penggunaan dropbox ni, kita boleh acces file kita kat mana-mana saja.


selain itu, kita boleh kongsi kan file yg kita save dlm dropbox ni dengan orang lain jugak kan.
senang kan!
kalau nak share notes, gambar, movie.. lagi senang guna dropbox sbb kalau kita nak send email die kan ade limit space.. 



Yang hijau tu, tunjukkan notification untuk dropbox kita. so klik jek.


Finally, senang kan! bukan susah sangat pon nk guna dropbox ni.. dropbox ni kan macam ala ala pendrive tp xnampak.. haa... macam pendrive invisible gitu..
bagus kan.

so apa lagi. jom la download sekarang!!!



*p/s: Good luck!