15 August 2011

Kek Coklat Moist untuk Hisham Baharin a.k.a boyfren Amy Amyrass

Salam semua..

Kek coklat moist ni sebenarnye dah lame aku buat cume xsempat nk upload jek di blog ini..
Disebabkan Amy nk makan kek coklat yg meleleh plus strawbery..kelas gitu kaw! haha, so aku pon wat la spesel utk die.. naseb bek la kat jusco ade jual strawbery kalo x jenuh la aku nk kene g Cameron beli strawbery pula kn kn..hehe..





tarrrraaaaa... nyum2 hoi!
haha, meleleh leleh gitu kn..



ha..nie la Hisham Baharin n Amy Amyrass tu
btw, happy belated bufday ye Hisham =)




p/s: aku curik pic ko la Amy! aha..




04 August 2011

Oreo Milkshake

Salam semua..

Alhamdullliah..hari ini dah 4 hari kite semua berpuasa. Hari ini berbuka puasa ape ye korang semua..
Hari ini aku wat air oreo milkshake..sdp sgt, nyum2 hoi betol lah.. aha




Ini la resepinye Oreo Milkshake; 
Bahan-bahan:
  • 5 keping biskut oreo
  • 3 sudu besar ice cream vanilla
  • 1 gelas susu segar
  • 4 kiub ais
Cara membuatnya:
  1. Masukkan biskut oreo, ice cream dan susu ke dalam blender. Blend sampai sebati.
  2. Tambahkan ice dan sambung blend sampai hancur.
  3. Sedia untuk dihidangkan.
  4. Sedap dihidang dengan ice cream vanila.

SELAMAT MENCUBA!


Wordless Wednesday #6


Salam semua..


Sekarang ni bz mengecat bilik aku, sbb tu xupdate blog.
bz bz bz 
okbai


27 July 2011

Wordless Wednesday #5


Salam semua...
GOOD LUCK MALAYSIA
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...


26 July 2011

Kegilaan Coklat!



Salam semua..


Bila kite mule gile pd sesuatu tu, dlm kate laen nye teruja..haaa..itu lg tepat! Ok, camni alkisah yg sebenarnye.
Sejak 2 3 menjak ni kn, korang semua perasan kn yg org semua duk sibuk wat bisnes dgn homemade chocolate.  Aku suke gila tgk coklat2 ni tau.. dah la warna-warni kiut-miut lak tu..haihhh, geram tau aku tgk.


Yang membuatkan aku makin mengila, aku nk jgk wat coklat tu!!!!!!!!!!! hahahaa..
Tgh2 mlm cmni pon aku masih on9 lg, semate-mate pergi page kat org yg wat homemade coklat ni n tgk gmbr2 tu.. haha, aku xterase nk mkn pon tau. Aku jus suke TENGOK ok.


Susah kan bile kegilaan ni dah dtg, xdpt di tahan2 diri ni nk wat homemade coklat.  Bahan2 dah ade dh kat rumah aku ni semua dah cukup.. cume aku tengah tunggu mould huruf n number yg aku order on9. so, lg bes kalo aku wat bile ade huruf2 sekali kn, hehe.. 





gambar ihsan p.cik google,hee..



*p/s: Tak sabar nk wat coklat..

25 July 2011

Lelaki Kucing




 KUCING JANTAN SUKA DIBELAI


Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek
ke, isteri ke, ibu ke, mama ke, umi ke, mak ke.. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka wanita yang kasar.




KUCING JANTAN SUKA MAKAN & CEPAT LAPAR



Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, faham ajelah bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan.
 Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang belum menjadi isteri lagi, sila nelajar masak ye. Kepada para isteri pula, rajin2 lah memasak tau dan kalau xtahu boleh la belajar. Tak salah kn kalu kite tambah ilmu rumahtangga ni demi kebahagiaan kita, kan kan..




  KUCING JANTAN KUAT TIDUR



Kebanyakkan lelaki memang kuat dan suka tidur. Oleh kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya jika tidak.. ada yang akan mengamuk lak nanti ye dan lebih teruk lagi kalau jadi macam kucing, dia tidak mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Korang semua nak ke suami anda beralih tempat tidurnya???? Ha....Jadi, jangan kacau time dia tidur tau.




 KUCING JANTAN KUAT MERAYAP




Lelaki juga sama seperti kucing. Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan-kawan ha tapi part ni tak sama dengan kucing. Tapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.


    KUCING JANTAN MAHAL/BAKA BAIK MAKAN FRISKIES, KUCING JANTAN KAMPUNG MAKAN IKAN LAUK NASI

Sama macam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kita kena saling memahami.




  KUCING JANTAN TAK SUKA DIPAKSA



Ermmm.., ni memang sangat-sangat betul. Sama macam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tapi dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.




    KUCING JANTAN ADA PERASAAN INGIN TAHU (CURIOSITY)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Lu pikirlah sendiri mana yang baik dengan yang buruk kan.




KUCING JANTAN AKAN MEREBUT KAWASAN MEREKA



Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut-rebut kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!




    KUCING JANTAN ADA EGO

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", yang ni kalau time ia tak lapar langsung tak datang kat kita, lainlah kalau memang kucing tu jenis yg dengar kata. Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih-lebih lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.




 KUCING JANTAN TAKKAN PERNAH SETIA KAT SEEKOR KUCING BETINA



Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian  berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah , hampir 78%, lelaki takkan kahwin dengan girlfriend pertama dia 
(pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tapi firstgirlfriend dia). 
Begitu juga dengan lelaki yang modern  dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dengan first girlfriend dia. Tetapi ada juga la lelaki yang memang setia pada yang satu  & jenis tak nak tukar-tukar girlfriend/isteri. Haa.. yang ni tak ikut perangai kucing tau.









*p/s: entry ni sekadar suke2 ye.. =)



22 July 2011

Resepi Brownies Mudah


Salam semua..


Bahan-bahan;
6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
3/4 cawan gula
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
2sb kekacang / coklat cip - optional


Cara-cara;
Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang.

Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.



Gaul sebati. Masukkan kekacang / coklat cip jika mahu.



Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.


ok, siap! Selamat mencuba ye =)