14 May 2012

Inai!

Assalamualaikum semua..

Pernah x korang pakai inai? ha.. xkan x pernah lak kan, nak2 yg dah berkahwin tu kn kn..
btw, entry kali ni pasal inai sebabnya saje nak bagitahu yang aku pakai inai.. haha!

Alah.. Inai hiasan, yg lukis2 atas tangan tu.. RM5 sahaja ok, tp untuk sebelah tangan jek la..
aku buat kat pahlawan walk, saje suke suki. kalau nk tunggu aku kahwin baru pakai, entah bila lah masanya kan..sobsob.. haha..ayat mcm dah xsabar nak kahwin la plak ye..hikhik..



*p/s: cantik kan kan kan..hikhik (ketawa gedik, opss)

13 May 2012

Resepi Cheezy Sauce

Assalamualaikum...

Hai semua! Lama betul tak update blog kan..dh 2 bulan ok, sgt lame..nampak kan tu tandanya aku tersangat sangat la bz dengan tugasan harian..ceh ceh ceh alasan kn =P
btw, aku nk share resepi cheezy sauce yg mcm kat kfc tu.. dpt dr azian othman, thanks 4 the sharing dear!

Bahan-bahan
2 ½ sudu besar mentega
2 ½ sudu besar tepung gandum jika nak lagi pekat, lebihkan tepung.
1 liter susu segar
 4 sudu kecil garam secukup rasa
2 sudu kecil serbuk cili jika nak rasa pedas sikit.taknak pun takpe.
2 sude kecil serbuk lada putih
12 potong cheesedale

Firstly, cairkan mentega dulu, masukkan tepung gandum, kacau smpai dia tak berketul. tuangkan susu  then masukkan serbuk cili, serbuk lada putih, garam and lastly masukkan cheesedale. pastu kacau agak2 die da masak. masa panas dia still cair nnti da sejuk, cheese sauce ni jadi creamy. 

tapi kalau taknak buat banyak, just cut half je measurement yg di bagi tu.


*p/s:I've read from someone's blog that we can put some pewarna kuning untuk naikkan seri color kuning cheezy sauce tapi tak penah try lagi yg tu.selamat mencuba ye :)


13 March 2012

Busy day!

Salam semua..

Lame x update blog kn, busy lorh...sobs~
Dah week ke-4 makin lama makin banyak keje, asgmnt, kuiz, repot, test!
program2 lg, jorja lg
xpe2.. aku boleh! ececeh..terlebih plak kan..

sebagai pengubat hati yg penat, nah amek ni..


nanti di mase hari yg ade kelapangan, aku update pasal entry aku ber 'steamboat' ye! haha 
bye2!


06 March 2012

dalam hidup ni, tak semua orang kite leh puaskan ati mereka
xsume ati, kite mampu jage
tak semua org puas hati dgn ape yg kite lakukan
tak semua org berani meluahkan ketidakpuas hatian
last2, muke jd mangsa haha..
sbb nye..
muke kene masam jek, sbb nye xpuas ati
ok bye!

25 February 2012

Ayat Kursi Amalan Bersama

Salam semua...

Adakah anda semua tahu kebaikan mengamalkan ayat kursi ni? Meh aku share sedikit info yang aku dapat melalui kawan aku.


Ayat Kursi:
  •  Bacalah pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
  •  Bacalah saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
  •  Bacalah setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
  •  Bacalah pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam 
  •  Bacalah setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian

 


*p/s: Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap 
  orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat~


23 February 2012

Terukir di Bintang - Yuna

Salam semua..

Dah penah dengar tak lagu yuna terukir di bintang? best kn..
Sejak aku dengar asek2 nak ulang ulang dan ulang..haha.. lagu ni sweet jek.. mcm gedik2 manje jek, hik3~


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

*p/s: suke lirik die! heee..


22 February 2012

Tahun 3 semester 2

Salam semua..

20 Februari bermula la sem baru, tahun 3 sem 2.. Makin lama, makin susah susah subjek yang aku kena study ni, tp xpe, usaha tangga batu k!aha, slh plak.. usaha tangga kejayaan.
Bermulanya sem baru ni, maka azam sem lepas dibawa semula ke sem ni disebabkan sem lepas tidak dapat mencapai azam yang aku nak..

Sem ni banyak subjek yang amat amat memerlukan daya ingatan yang kuat, sementalah aku ni yang x berapa nak bagus daya ingatan ni makanya aku perlu kena usaha dengan lebih bagus lagi, InsyaAllah pasti boleh!

Nawaitu!
Ingat, kita belajar  kerana Allah.. sebab tu kite berusaha untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayan yang diredhai Allah.
Mudah mudahan ilmu kita semua diberkati, amin.

So, aku kongsikan perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat kejayaan dan menjadi pelajar yang cemerlang;


  • Belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari, tidak termasuk buat lab report, assignment tau
  • Jangan rajin ponteng kelas macam aku ye, haha
  • Berbuat baik dengan pensyarah sebab kita nak dapatkan ilmu yang diberkati kan kan
  • Jangan suka termenung atau berangan ye mase waktu kuliah atau kelas
  • Ulangkaji cepat cepat selepas kelas, sebab nnt kita akan hilang 80% apa yang kita belajar kat kelas tu


InsyaAllah, mudah-mudahan ilmu kita diberkati. Selamat maju jaya ye!