20 July 2012

Salam Ramadhan


Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhuwah teruji ketulusan
Dalam tawakal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah
Selamat menunaikan fardhu Ramadhan..

 




28 June 2012

Dejavu di Kinabalu

" Selagi matahari bersinar, selagi itulah cinta saya akan bersinar untuk awak.. "
Ammar, Dejavu di Kinabalu


haaaa...meleleh hati aku tengok cerita ni, sweet sangat sangat.
beranagan nak nama kan anak aku Inara! haha.. sempat!

Rebutlah peluang selagi mampu!

Assalamualaikum...

Hye all! Lame dah x update kan blog aku ni..fuhhhh berhabuk kau tahu, haha
Alhamdulillah, sekarang aku dah habis 3rd year n next semester will be the 4th year, wah..satu tahun lagi maa.

Sekarang ni, aku dah start Latihan Industri a.k.a LI..dah hampir seminggu pun.. Alah, LI dekat Syarikat Air Melaka Berhad jek pon, kat Jasin tu. Lots of new things, new experience, and of coz new people!
Kerja eh silap LI kat SAMB ni aku dapat kenal dengan oarang baru, aha.. bukan new born k tapi orang yg xpernah aku kenali sebelum ni. Dari Pengarah sehingga lah ke driver, semua aku kenal..tp xsemua lah aku ingat namenye..hehe..

Ada seorang pakcik ni, pekerja SAMB lah.. baik sangat sangat. Dia suka cakap "Tahniah lah.." haha. Apa2 pun yg pekerja dekat SAMB tu buat die mesti cakap tahniah, bukan semua benda la tapi dia cakap tahniah tu refer pada sesuatu perkara yang baik. Pakcik ni sempat ajak aku berborak masa kat office td, bak kata die "berkenalan", hehe... Rupa2nya anak dia pon ade seorang yang belajar di UTHM amek phd kau tahu! kelas kau jah! jangan ingt anak org sush macam pakcik tu xboleh berjaya, x boleh nk belajar tinggi2..
The best thing that I learned from him, he always said that grab the opportunities. Tapi xde lah speaking kan.. die cakap, rebutlah peluang selagi mampu..selagi kite berdaya belajar lah.. Walaupun dah kerja, selagi ada peluang untuk belajar kita belajar lah... lagipun menuntut ilmu tu kan fardhu kifayah. Nabi Muhammad s.a.w sendiri berpesan, belajarlah sehingga ke negeri China. Maksudnya, selagi kita mampu, belajar lah menuntut ilmu setinggi mana yang kita mampu.
Berbalik pada cerita pakcik td, walaupun dia orang susah tapi dia mampu membesarkan anak-anak dia dengan baik, mampu memberikan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Sebab apa?
Sebab dia xnak lihat anak-anak dia hidup susah macam dia. Walaupun dia xmampu, dia tetap berusaha nak bagi anak-anak dia pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi, walaupun dah tua.. namun dia masih mampu berusaha demi memberikan ilmu untuk anak-anak tercinta.

Kita sebagai pelajar, rebutlah peluang yang kita ada ni.. selagi kita mampu belajar, kita belajar. Rebutlah peluang yang ada.. terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan yang tengah LI sekarang ni.. Belajarlah banyak mana pun ilmu yang ada kat tempat LI tu, walaupun belajar mengenali jenis-jenis paip... btw, ni nasihat untuk diri aku jgk..hehe..

Selamat menjalani latihan industri ye rakan-rakan dan kepada reader blog tak-de-idea ni, rebutlah peluang selagi yang mampu, selagi terdaya! Chayok Chayok =)


10 June 2012

Good Luck final examination!

Salam semua.. starting from tomorrow until 22nd June 2012, I will have the final examination for semester 2 session 2011/2012. Then the next, 25th June 2012 I will start the LI(latihan industri).. ok, so busy kan semester ni.. dah xde mase ni berehat2 mcm sem2 sebelum ni.. 10 weeks kene LI kat SAM- Syarikat Air Melaka. Setahun lagi nk habis degree, lepas tu akan dipikirkan sama ada nak smbung master or terus kerja.

Btw, tommorrow ade paper Jurutera & masyarakat.  The next day, Traffic plak..
Berasap la kepala aku ni, haha.. Sekarang ni tengah belajar pon macam dh xlarat dah, sobsob.. rasa mcm nk termuntah semua isi2 dlm badan ni..haha..
Takpe2, nak x nak kene study gak kan, tanggungjawab kita kena la study kn kn..

Semoga semuanya akan dipermudahkan.. amin ^_^




*p/s: Good Luck kepada rakan2 seperjuangan ye!

14 May 2012

Inai!

Assalamualaikum semua..

Pernah x korang pakai inai? ha.. xkan x pernah lak kan, nak2 yg dah berkahwin tu kn kn..
btw, entry kali ni pasal inai sebabnya saje nak bagitahu yang aku pakai inai.. haha!

Alah.. Inai hiasan, yg lukis2 atas tangan tu.. RM5 sahaja ok, tp untuk sebelah tangan jek la..
aku buat kat pahlawan walk, saje suke suki. kalau nk tunggu aku kahwin baru pakai, entah bila lah masanya kan..sobsob.. haha..ayat mcm dah xsabar nak kahwin la plak ye..hikhik..



*p/s: cantik kan kan kan..hikhik (ketawa gedik, opss)

13 May 2012

Resepi Cheezy Sauce

Assalamualaikum...

Hai semua! Lama betul tak update blog kan..dh 2 bulan ok, sgt lame..nampak kan tu tandanya aku tersangat sangat la bz dengan tugasan harian..ceh ceh ceh alasan kn =P
btw, aku nk share resepi cheezy sauce yg mcm kat kfc tu.. dpt dr azian othman, thanks 4 the sharing dear!

Bahan-bahan
2 ½ sudu besar mentega
2 ½ sudu besar tepung gandum jika nak lagi pekat, lebihkan tepung.
1 liter susu segar
 4 sudu kecil garam secukup rasa
2 sudu kecil serbuk cili jika nak rasa pedas sikit.taknak pun takpe.
2 sude kecil serbuk lada putih
12 potong cheesedale

Firstly, cairkan mentega dulu, masukkan tepung gandum, kacau smpai dia tak berketul. tuangkan susu  then masukkan serbuk cili, serbuk lada putih, garam and lastly masukkan cheesedale. pastu kacau agak2 die da masak. masa panas dia still cair nnti da sejuk, cheese sauce ni jadi creamy. 

tapi kalau taknak buat banyak, just cut half je measurement yg di bagi tu.


*p/s:I've read from someone's blog that we can put some pewarna kuning untuk naikkan seri color kuning cheezy sauce tapi tak penah try lagi yg tu.selamat mencuba ye :)


13 March 2012

Busy day!

Salam semua..

Lame x update blog kn, busy lorh...sobs~
Dah week ke-4 makin lama makin banyak keje, asgmnt, kuiz, repot, test!
program2 lg, jorja lg
xpe2.. aku boleh! ececeh..terlebih plak kan..

sebagai pengubat hati yg penat, nah amek ni..


nanti di mase hari yg ade kelapangan, aku update pasal entry aku ber 'steamboat' ye! haha 
bye2!