Bahagia perlu dicari, perlu dikejar..bukan untuk ditunggu. Tunggu lah kebahagian itu, kalau betul bahagia tu boleh datang sendiri. Makanan pun perlu dicari, ini kan bahagia..
Untuk apa kita cari kebahagiaan, kelak kita akan merana?
Tapi...
Betul ke kebahagiaan itu, akan merana?
Jika bahagia itu menyakitkan, jangan pula kita lupa bahawa Allah akan memberi yang terbaik untuk diri kita. Merana untuk bahagia. Bahagia bukan untuk merana. Kesakitan mengajar kita menghargai erti kebahagiaan, tanpa kesakitan siapalah kebahagiaan.
Pelangi akan muncul selepas hujan..
Hidup kita bukannya selalu indah, bukan juga selalu susah. Hujan turun bukan tiada hentinya, pelangi pasti muncul jua. Hidup susah menjadi bertambah susah jika tidak menikmatinya.
Allah beri kita sedikit kesakitan, untuk kite peroleh kebahagiaan yg tiada bertepian.
Hargailah kesakitan, kebahagian pasti muncul jua seperti sang pelangi muncul selepas hujan.
Carilah kebahagiaan, kerana kebahagiaan itu tetap ada walaupun disisi kesakitan..
Harungilah hujan dengan penuh kesabaran, kelak pelangi menjadi milikmu jua.
No comments:
Post a Comment