22 March 2011

20 March 2011

Fenomena Supermoon




Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.
Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).
Istilah adi bulan (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo semalam)
Adakah Supermoon/Syzygy adalah fenomena biasa?
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.
Adakah fenomena ini bakal menyebabkan bencana alam?
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.
Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon.
Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi. Kalau berdasarkan pengalaman saya sendiri sebelum ini, fenomena supermoon sebelum telah menyebabkan pasang besar dan air laut sampai ke halaman rumah saya walaupun kedudukan rumah berada 100 meter dari pantai. Masa itu air perigi jadi masin dan langsung tidak boleh digunakan selama lebih 2 minggu.
Di bawah merupakan video tentang kesan fenomena supermoon ke atas bumi. Sekadar untuk tatapan.

18 March 2011

Dubai and Moscow's Moving Skyscrapers





 I did not make this video. It is the video produced by the architectural firm behind this building.

David Fisher's company 'Dynamic Architecture' have developed a moving skyscraper! The building will be made up of 80 floors, with an apartment on each floor.

The rotating building is made possible by 79 giant power-generating wind turbines.

As well as the rotation, the wind turbines will also provide enough energy to power the entire building and feed extra energy back into the grid.

There are two buildings planned at the moment. One in Dubai and one in Moscow. The Dubai building is planned to be up and running by 2010.

http://www.dynamicarchitecture.net
http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/7472722.stm

Christina Perri ~ Jar Of Hearts


Luv her voice very much! 
enjoy this song k..



About Jar Of Hearts lyrics

Perri penned the song about a serial heartbreaker she once dated. The singer stated in her blog the story behind the tune: "I wrote the song after I went home to Philadelphia for the holiday last December. I sat in my childhood bedroom and hid from the boy (with the jar of hearts) who wanted to see me. My heart wanted to see him, my head knew better." The song's music video was directed by Jay Martin and was shot on a soundstage designed as a New York City street.

17 March 2011

Andailah Awak Tahu



Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.







16 March 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang....





Happy Belated Birthday Afiq and Aiman!

A specially warm wish for the kind of day in which only the best things keep coming your way. Happy Belated Birthday and Happiness always.

kek utk bufday boy

bufday boy, afiq n aiman


aiman n nabila

teman bufday boy g kedai buku


LUV MY BROTHERS SO MUCH!!







Dendam Dalam Diam



Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku

Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar

Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku


~nora~



Sabar




13 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



Fuhh! Dikesempatan yang ada. Aku mengambil peluang untuk melihat sendiri kehebatan filem baru Terbitan KRU.  Memang best. InsyaALLAH, kalau ada peluang, aku akan tonton lagi sekali.. tapi bukan kat wayang la, heee....  

Bagi pendapat aku, ini adalah Filem Melayu yg terhebat pernah aku lihat. Kalau sebelum ini, seronok tengok cite luar negara. Sekarang bagi aku KRU pun boleh lawan kehebatan filem negara luar. Memang filem EPIK melayu terhebat. Susah nak terangkan bertapa bestnya aku tengok filem ini. Jangan tunggu lama, ada peluang saja terus layan.



Seronok sangat bila hajat nk tgk cite ni terlaksana, lame kot tunggu cite nie.. btw, thanks to Encik Sayang sbb belanje saye, hehe.. Hari pertama lg dh g tau, sbb xsabar2... ramai gak aku jumpe kawan2 mase tu, bertambah xcited jdnye bile tgk ramao kwn2 yg same2 nk tgk cite nie.. 


apa2 pun, cite ni mmg cite yg patot d bangga kn kite sebagai anak malaysia, tahniah KRU~!


suke ummi nazeera dalam cite nie,
terserlah keayuannya..



Jepun Dilanda Tsunami dan Gempa Bumi



Salam semua..


Ujian Allah didatangkan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui kekayaan, kemiskinan, bencana, kesedihan dan kegembiraan, namun ada di antara kita yang mungkin tidak sedar dengan bentuk-bentuk ujian tersebut.

Bagaimanapun kejadian tsunami di Jepun kelmarin sepatutnya dijadikan iktibar bahawa ada sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama kerana setiap kejadian pasti ada sebab dan akibatnya.

Kejadian tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu bagaikan suatu peringatan buat semua bukan sahaja masyarakat di Jepun..tapi semua manusia di dunia ni ye, termasuk diri aku sendiri..



Bila melihat kejadian ni, terasa besarnya kuasaMu ya Allah. Keinsafan terdetik dihati. Semoga mereka yang mengalami keadaan ini akan bersabar dengan segala yang berlaku.







 






*p/s : ALhamdulillah sbb negara kita terpelihara daripada bencana alam, n mari la kita sume berdoa moge mangsa2 jepun di sana selamat, amin...





09 March 2011

The Memories Remain - Anuar Zain


i can see the sadness in your eyes
and every teardrop that you cry
i hope you know it's hard to let you go

the time is here
i have to say goodbye
i lit my light 
(correction: I laid my life i’ve seen the light)
i've seen the light
i hope you know it's hard to let you go

i swear to be the shadow by your side
to be the shining star alight (to light) the darkness of your night
i will survive

in the end as i cross the line of life and dead
i find my way back in your heart again
and i promise i will stay for ever and a day
the memories remain



07 March 2011

10 Things I hate About You





I hate the way you talk to me,
And the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
It even makes me rhyme.
I hate the way you’re always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
Even worse when you make me cry
I hate it when you’re not around,
And the fact that you didn’t call
But mostly I hate the way I don’t hate you,
Not even close…
Not even a little bit…
Not even at all.









*p/s : always love n miss u syg! thanks make me 'angau' with you, ahaaha...



06 March 2011

Encik Sayang











Hana Tajima

Kalau korang tak minat fesyen hijabi, mungkin korang tak kenal siapa Hana Tajima yang sweet ni kan. Lainlah kalau sebut pasal Yuna, mesti semua orang tahu kan kan? 











Siapa Hana Tajima ? Secara ringkasnya, Hana Tajima ni seorang anak kacukan Japan-British yang duduk dekat London. Menarik tentang Hana, antara adik beradik yang lain dia je yang pilih untuk convert kepada Islam....kira2 6 tahun lepas tahun 2005. Hana Tajima berumur 23 tahun dan bekerja sebagai Fashion Designer.
Yang penting dia dah kahwin,ok! huhu
Dia bersyukur sangat menjadi seorang muslimah dan dia impikan untuk buat banyak fesyen-fesyen yang sesuai untuk wanita muslimah yang bertudung untuk nampak lebih gorgeous, fabulous dan marvelous.


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Hana Tajima, korang boleh baca luahan hati dia sebagai seorang pereka fesyen muslimah dekat blog dia sendiri, iaitu di stylecovered.  Ehem-ehem, dia dah kahwin okay ! 





05 March 2011

Konvoi Ke Melaka Part II



 Alhamdulillah, konvoi ke Melaka semuanya berjalan lancar. We had a great time! Happy, laugh, smile...



Welcome to Malacca!


Lepas tol ayer keroh


our 1st destination.. Banda Hilir

iffa, zura, nad, anis, melly, aku, yum n sapik




aan wif me..

luv u syg!


A'famosa..panas tau time nie, hee


 Next, picnic n BBQ at Tg. Bidara...


nyum2..ayam bbq!












Lastly,
dimana ade saya, disitu ade encik syg
dimane ade encik syg, disitu ade saye
heee...




Penat tapi happy!
The End





03 March 2011

Tersentuh Hati

Tersentuh hati bila tengok budak-budak yang bekerja tengah malam, patutnya time cmnie..mereka tidur jek.. cianye :'(
Tak sanggup gila aku nk tgk.. cian sgt2. bila tgk muke die yg keletihan, mengantok... tersentuh sgt2, tak sanggup nk tgk.. 


Td aku tengok, mase adik tu tengah menjual kuih kat meja orang lain kat mc'd.. die pegang2 perut die, adik tu lapar ke?? 
Ya Allah... kesian sangat2 aku tengok adik tu.. siyesly, time aku taip utk pos ni pon aku tengah nangis.. sedih sgt2..


Camne la adik tu nye nasib kn.. 


Tak dapat bayangkan, sebab aku pon ada adik.  Aku paling lemah tengok orang yang hidup dalam kesusahan. Tak sanggup. Tersentuh hati ni.


Tak semua orang faham apa yang kita rasa kan, dan tak semua orang tahu isi hati kita. 


Apa2 pun, aku berdoa moga2 adik tu berjaya dunia akhirat. Hope lepasni, aku tak jumpe lg adik tu, tak sanggup nak tengok, sedih.