30 July 2012

Molten Chocolate Cake! ♥

Salam semua..

Salam 10 Ramadhan, semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua.. InsyaAllah. Hari ini, aku buat dessert untuk berbuka puasa td tau! Kali ni aku buat molten chocolate cake ataupun dikenali juga kek coklat lava. Kek ni ala-ala puding, yang part paling best bile makan tengah panas kat tengah dia ada coklat meleleh..pergh pergh tu yang meleleh leleh air liur tu, ahahah..
Setelah penat aku buat, aku suruh masterchef aku rase.. ahha.. a.k.a adik aku yang bongsu.. memang selalunya, kalau aku masak apa-apa pun aku suruh die rasa. Kalau sedap katanya, sedaplah. kalau x, tu die mmg jujur..haha..
Molten chocolate cake yang aku buat ni adik aku kate sedap, adik aku yang kate ye! ehhe..kembang sekejap.. so aku share kan resepi nye ye.

Resepi ni aku ubah sikit mengikut kesesuaian bahan-bahan yang aku ada , hehe.. Resepi asalnya dari sini;  RESEPI MOLTEN CHOCOLATE CAKE!


RESEPI MOLTEN CHOCOLATE CAKE!


Bahan-bahan;
1 cawan coklat cadbury yang dicincang
5 sudu besar mentega
2 biji telur
1 1/2 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara;
1. Panaskan oven pada suhu 160 celcius, api atas bawah ye
2. Coklat dan mentega dicairkan menggunakan kaedah double boil.
3. Masukkan koko dan kacau sebati.
4. Telur dikacau bersama gula halus sehingga sebati. Campurkan adunan telur ini ke dalam coklat.
5. Masukkan tepung dan gaul sebati.
6. Tuangkan dalam bekas ramekin. Griskan ramekin dengan mentega. Yang ramekin ni, aku tak ada, so aku guna tupperware biasa yang kecik tu untuk buat cupcake.
7. simpan adunan yang dimasukkan ke dalam remekin selama 5 minat di dalam freezer.
8. Kemudian, bakar dalam oven selama 15 minit. Jangan lebih masa ye, nanti kek dibahagian tengah tu x meleleh pulak.
9. Siap!



Pavlova!

Salam semua..

Dah penah try pavlova x?


 
Pavlova ini sebenarnya sejenis makanan lah kan, hikhikhik. Btw, pavlova ni tekstur dia ringan ye sebabnya pavlova dibuat dari putih telur dan juga gula halus yang merupakan bahan utamanya. Bila kita sentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing tapi, ditengahnya lembut tau dan rasa dia manis macam ala-ala marshmallow.

Pavlova ni sedap dimakan dengan whipped cream dan buah-buahan segar macam buah anggur, strawberry dan kiwi. 

Pavlova ni, adik aku yang buat sebab aku xberapa nak minat dengan pavlova ni..hehe..
Kalau nak resepi pavlova boleh pergi tengok kat blog ni, RESEPI PAVLOVA! dia siap bagi tutorial sekali tau.
Senang + mudah difahami.


  
Credit to my sister.. Dia yang buat pavlova ni, yummy!




 

28 July 2012

Apam Polkadot

Salam semua..
Hye all! Aku nak share resepi apam polkadot. dah 3 kali aku buat, cara nak buat tu mmg sng jek tau, TAPI yang susahnye n agak leceh sikit bile kite nak men dot dot kan apam kite tu. Part yg tu perlukan kesabaran yang tinggi. 1st time buat xsemestinya berjaya, so kite kene praktis lah selalu ye.. Alhamdulillah, kali ke-3 aku buat, akhirnya berjaya buat apam polkadot ni. Oh ye, resepi apam polkadot ni agak keras sikit, so mungkin boleh kurangkan tepungnya untuk bagi apam ni lebih lembut dan gebu.. 


Percubaan ke-3, semakin baik..hehe

Siap dipacking, aku bawa ke office sempena Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena menyambut bulan ramadhan.


RESEPI APAM POLKADOT ♥

Bahan-bahan;
3 biji telur
275g tepung gandum / tepung superfine
220g gula halus / kastor
150g susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna dan pes yang disukai
inti; coklat, jem, nutella, kaya, dan lain2

Cara-cara;
1. Putar gula, telur dan ovellete hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan warnakan mengikut warna kesukaan anda. Boleh letak paste juga.
5. Masukkan ke dalam piping bag.
6. Masukkan adunan tadi separuh dari papercup, diikuti inti. Kemudian, masukkan separuh lagi adunan ke atas inti tersebut.
7. Buat bentuk dot dot di atas adunan yg telah diletakkan dalam papercup yang dialaskan dengan lompang/acuan.
8. Kukus selama 10 minit.

*p/s: papercup yang aku gunakan bersaiz almond london, so apam polkadot ni comel lah mcm tuan nye jgk, ahakz :P



20 July 2012

Salam Ramadhan


Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhuwah teruji ketulusan
Dalam tawakal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah
Selamat menunaikan fardhu Ramadhan..