16 March 2013

Resepi Rainbow Cake

Assalamualaikum semua..


Dah lama dah aku buat rainbow cake ni, tapi baru hari ni nak share. Terlambat pule..hehee Lagipun aku minat wat rainbow cake ni kalau ada adik perempuan aku jek, sebab die memang suka makan, haha.
Lagipun senang je nak wat kek ni, bahan-bahan pun mudah tau! 
Maap ler kek aku agak comot, haha yelah kan sy ni bukannye hebat lg dlm wat kek, sekadar untuk makan boleh la..heee
Aku suka kek ni, memang sedap rase dia.. yang penat sikit bila buat kek ni, kita kene bakar kek ni 1 persatu ikut warna pelangi tue la.. so, meh aku share kan resepi nya ye, aku selalu rujuk blog beliau bila nak buat rainbow cake nie..

Rainbow Cake

Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Cara-cara:

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.



Ok sekarang kita buat pula dia punya topping kali ni banyak versi boleh pilih yang mana satu yang berkenan di hati yer...

Resepi Cream Cheese

Bahan-bahan:
250 grm cream cheese
50 grm butter 
100grm icing sugar 
2 tbs susu segar

Cara-cara:
Beat guna mixer kesemua bahan diatas sehingga sebati.


Senang jek kan nk buat rainbow cake ni, yang pasti berbaloi bila buat tau! Bagi aku kepuasan.. aku lebih suka buat sendiri, nyummmy!!!!!


*p/s: Selamat mencuba ye!


No comments:

Post a Comment