Hari ni kan kt kls hbgn etnik, lec ade cite sikit tentang kisah peristiwa kg. medan.
Balek2 umah jer tetibe rajen nk search psl kisah ni.
so, aku nk share la kt kamu semua psl peristiwa kg. medan ni..
Peristiwa Kampung Medan ni merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara kaum India dan Melayu. peristiwa ini berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Sengketa ini merebak dengan sangat cepat tau sbb kawasan ini merupakan kawasan setinggan yg didiami oleh ramai penduduk selama berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan atau dlm kata lain nye mereka ni terabai.
Kisah ini bermula pd hari Ahad, hari di mana sebuah keluarga Melayu sedang mengadakan kenduri kahwin dan satu keluarga India berdekatan sedang bersiap untuk mengkebumikan salah seorang ahli keluarga mereka yang meninggal.
Tetibe jek, salah seorang India tersebut naik marah apabila melihat khemah kenduri dinaikkan di atas jalan di luar kawasan rumah kenduri yang dilihatnya akan menghalang perjalanan perarakan mayat tersebut.Kisah ini bermula pd hari Ahad, hari di mana sebuah keluarga Melayu sedang mengadakan kenduri kahwin dan satu keluarga India berdekatan sedang bersiap untuk mengkebumikan salah seorang ahli keluarga mereka yang meninggal.
Lalu, beliau menunggang motosikalnya masuk ke khemah tersebut sambil menendang kerusi dan meja habis bertaburan, kemudian cabut lari. Tak berapa lama kemudian, beliau kembali lagi, kali ini dengan 10 orang lelaki yang bersenjata, mereka menyerang bapa pengantin tersebut dan salah seorang keluarga pengantin berkenaan. Keesokan harinya satu kumpulan orang-orang yang tidak dikenali pula telah masuk ke kawasan India di situ dan merosakkan beberapa buah kenderaan.
Pada hari Rabu berikutnya, berlaku pula Insiden ygt ke 2, ada dua kumpulan orang India yang terlibat dalam satu accident kenderaan, hampir nak bergaduh sesama mereka sebelum dua orang lelaki Melayu masuk dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Entah macam mana, bertengkar punya bertengkar, last-last kedua-dua kumpulan tersebut menyerang pula kedua-dua lelaki Melayu berkenaan.
Then, berita serangan ini kemudiannya merebak bagaikan angin di kawasan berkenaan. Beberapa jam kemudian, cerita ini telah ditokok tambah dan dibubuh gulai seenak rasa. Maka bahangnya jadi bertambah panas, tunggu masa sahaja hendak meletup.
Nak dijadikan cerita pula, keesokan harinya pula seorang budak lelaki Melayu yang bermain dengan lastik telah menyebabkan sebuah lori India pecah cermin. Si tuan punya lori ini pun minta gantirugi dari ayah budak kecil ini. Masalahnya ayah budak itu tak puas hati sebab tuan punya lori tersebut menggunakan bahasa yang kasar ketika nak minta gantirugi tersebut. Walaubagaimana pun, kedua-dua pihak akhirnya mengalah tetapi tidak sebelum berlaku ugut mengugut antara kedua-dua belah pihak.
Di ketika inilah, perasaan marah yang membara antara kedua-dua belah pihak mula terbakar sepenuhnya, masing2 mula melengkapkan diri dengan mcm2 jenis senjata kerana mempercayai khabar-khabar angin bahawa pertempuran India Melayu akan berlaku tak beberapa lama lagi. Bukan sahaja orang lelaki yang melengkapkan diri dengan senjata, malahan surirumah juga terlibat.
Maka, seperti yang berlaku, dengan adunan rasa marah dan dendam yang membuak-buak, di celah-celah rasa takut dan prasangka yang berbaur dalam dada, so segala apa yang sudah tersimpan selama beberapa hari itu pun meletus pada tengah malam hari khamis berkenaan.
Penduduk yg tinggal di kawasan itu berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Samseng India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka. Mereka ni tak takut dgn jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.
Selain itu kan, ada 98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapal dan kayu.
Itula kisah nyer yg berlaku d kg. medan pd tahun 2001.
Pendapat aku, setiap org yg hdup d bumi Malaysia ini perlu saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur. jangan penting kan diri, okeh!! so kesimpulannya perpaduan kaum ter sgt sgt sgt la penting dlm negara kita ini utk mengekalkan keamanan dan kesejehteraan kita semua.
sekian, majula sukan utk negara. eh silap.. eratkan perpaduan utk negara. :)
No comments:
Post a Comment