12 October 2012

13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah



1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.

2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.

3- Memadam kemurkaan Allah SWT.

4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.

5- Mengawal kehormatan dan maruah.

6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.

7- Pelindung kepada api neraka.

8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.

9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.

10- Melembutkan hati yang keras.

11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.

12- Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.

13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.

Jika..



Jika HATI disakiti dengan PENGKHIANATAN, maka balaslah dengan DOA yang BAIK.

Jika PATAH HATI, maka sambunglah dengan BERMUHASABAH diri.

Jika HATI mu sakit, maka BERZIKIRLAH dan mendekatkan diri kepada Allah.

Meskipun semua itu tidak mudah, ketika HATI DISAKITI, cinta diKHIANATI, dan PATAH HATI. 
Tetapi ketahuilah bahawa ALLAH sentiasa ada di sisi . InsyaAllah (^_^)

Kadangkala...



Kita bukan malaikat

Salam semua..
Semua manusia tidak pernah lepas dari membuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup. Kita bukan malaikat. Kadangkala kita jumpa seorang yang baik tetapi ada kekurangan. Lalu bisikan syaitan menyuruh kita canangkan kekurangan dia kepada semua orang tanpa sedar dia juga manusia. Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia tetap manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya ~

08 October 2012

Happy Birthday Ayah



LOVE U SO MUCH AYAH!
 Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.


05 October 2012

Isteri solehah ♥


Isteri yang SOLEHAh adalah isteri yg sentiasa memikrkan makanan apa yang sedap dimasak untuk suaminya makan. Suami yang baik tetap akan kata masakkan isterinya sedap.walaupn xsedap mana 
haha, kan kan
insyaallah.♥
yummy! 



01 October 2012

Bermohonlah kepada Allah



"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…^^ "