16 March 2013

Resepi Rainbow Cake

Assalamualaikum semua..


Dah lama dah aku buat rainbow cake ni, tapi baru hari ni nak share. Terlambat pule..hehee Lagipun aku minat wat rainbow cake ni kalau ada adik perempuan aku jek, sebab die memang suka makan, haha.
Lagipun senang je nak wat kek ni, bahan-bahan pun mudah tau! 
Maap ler kek aku agak comot, haha yelah kan sy ni bukannye hebat lg dlm wat kek, sekadar untuk makan boleh la..heee
Aku suka kek ni, memang sedap rase dia.. yang penat sikit bila buat kek ni, kita kene bakar kek ni 1 persatu ikut warna pelangi tue la.. so, meh aku share kan resepi nya ye, aku selalu rujuk blog beliau bila nak buat rainbow cake nie..

Rainbow Cake

Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Cara-cara:

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.



Ok sekarang kita buat pula dia punya topping kali ni banyak versi boleh pilih yang mana satu yang berkenan di hati yer...

Resepi Cream Cheese

Bahan-bahan:
250 grm cream cheese
50 grm butter 
100grm icing sugar 
2 tbs susu segar

Cara-cara:
Beat guna mixer kesemua bahan diatas sehingga sebati.


Senang jek kan nk buat rainbow cake ni, yang pasti berbaloi bila buat tau! Bagi aku kepuasan.. aku lebih suka buat sendiri, nyummmy!!!!!


*p/s: Selamat mencuba ye!


13 March 2013

Pesan Pada Diri



Pesan pada diri, 
tabahkan hati kuatkan semangat, 
pesan pada hati 
kukuhkan iman, banyakkan zikrullah, 
pesan pada naluri, 
jangan mengeluh, jangan kecewa, teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

*p/s: credit to Alfian Robert

11 March 2013

Trip to Genting Highlands

Assalamualaikum semua...

Sabtu lepas aku pergi Genting Highlands tau! trip dengan bff, lame dah planning since aku sem 1 di uthm tau! hahahha..Alhamdulillah, at last sampai pun even sekarang dah sem akhir..hehe..
Trip kali ni, amy plak xdapat join sebab beliau wajib hadiri modul yg uitm adakan, kalau tak pergi kesian pula kat beliau. Tak dapat plak nk konvo nanti kan.. Xpelah, next time kita pergi lagi ye.

Aku, tasya, adik tasya n yati bertolak ke shah alam dari melaka hari jumaat petang, so sampai malam. Then tidur umah adik aku kat shah alam. Sampai jek shah alam, kami pergi amek ecah pastu g mkn..
Sabtu sesudah subuh kami ke kl sentral, menaiki ktm. Sampai sampai terus cari tiket, tapi tiket pukul 9.30am sold out pulak. tiket ni including outdoor theme park nye tiket tau dan bus sekali. Next trip, pukul 12.30pm, alamak lambat la pulak kan lgpon kami bukan nk stay kat atas pon.
So, kami decide ambik teksi.. lepas azma sampai, so kami pun bertolak ke genting.

Before ke Genting, sempat lah pak cik teksi tu bawak kami ke rumah beliau. haha.. katenye dia nak tunjuk rumah dia dulu, kami pun kunun2 bersemangat lah nak tahu..tup tup sampai! ok fine, Istana Negara rupanya, hahah hampeh.

 
kat istana negara.. nampak tak askar tu, haha..muke dia serius jek 24 jam, kami gelak gelak pon die tetap maintain serius.. haha. lupa pulak nak tanya apa tips die leh tahan gelak..kekeke

Sampai jek kat Genting Highland, kami terus beli tiket untuk outdoor theme park. Harga untku adult RM54 per person. Ok, jom! tak sabar gegegege...

Semua permainan kanak-kanak kami main, haha.. yelah kan, masa kecit2 xdapat..dah besar barulah dapat peluang.. hehe

yang penting, roller coaster dah berjaya aku takluki! haha, masa tengah beratur panjang panjang muka masing masing dah cuak, pucat takut..haha.. lama gak la beratur. bila dah sampai depan jek untuk turn roller coaster hujan pun turun dengan lebatnya, ok permainan wajib stop, xleh beroperasi. setengah jam gak la kami tunggu. akhirnya sampai lah giliran kami.. haha..

Best sangat sangat, aku jerit gile gile tapi bile penat jerit aku gelak jek..haha

   







 










 



Petang, pukul 7 kami bertolak turun dari Genting Highland. Kali ni naik bus, bus ade setiap setengah jam tau! masa sampai jek, kami terus beli tiket bus dulu, then baru beli tiket utk theme park pula.
btw, happy sangat2..


Dua Belas Hari Bersama Felina Vitamin C


Assalamualaikum semua..

Masuk hari ini dah dua belas hari aku mengambil makanan tambahan iaitu Felina pure marine collagen vitamin c (pmvc), so bersamaan 12 biji kapsul aku dah telan..heee.. so, aku nak share segala perubahan yang berlaku kat diri aku setelah dua belas hari aku makan pmvc ni.

Sebelum makan pmvc ni, aku buat research dulu tau! ececeh macam buat master pulak kan.. haha.. aku kaji dulu bahan2 yang ada dalam pmvc ni, aku google segala info pasal felina vitamin c ni, aku bace review2 orang yang dah pernah makan pmvc ni. so far aku jumpa yang positif jek, xjumpa lg yg negatif pasal produk ni. Aku pon study gak cmne nak kenal produk tiruan since sekarang ni banyak sangat produk tiruan kan, aku takut lah nanti lain yang jadi pulak kan.. so meh aku share kebaikan kandungan yang ada dalam fellina vitamin c ni..

KANDUNGAN UTAMA:

*
Kolagen marin - Sumber berkualiti premium yang mudah diserap badan, bertindak sebagai agen antipenuaan yang turut memelihara kekuatan tulang/sendi, kuku dan rambut serta mengekalkan keanjalan dan tekstur kulit agar kekal lembab, halus dan sihat bercahaya.

*
Glutathione - Mencerah, menyamaratakan tona kulit serta menyingkirkan toksin dan radikal bebas di dalam badan, seterusnya mengurangkan kedutan halus, noda2 hitam dan pigmentasi.*Vitamin C - membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, komponen penting untuk mengoptimakan peranan kolagen dan glutathione di dalam badan, memperbaiki, merawat dan membantu pertumbuhan sel2 baru lebih cepat selain menghapuskan masalah kulit kusam dan jerawat juga melambatkan proses penuaan pramatang.

*Ekstrak sitrus - mengandungi antioksidan yang menjauhi kerosakan sel kulit akibat pencemaran persekitaran, radikal bebas dan sinaran UV, mengurangi risiko kanser kulit, memudarkan parut, bersifat antibiotik dan antibakteria yang menghalang iritasi/jangkitan kulit.
Kombinasi bahan-bahan kandungan utama yang ada dalam pmvc ni memang akan berkesan dalam badan kita tau!

Sebelum ni, muka aku memang tak ada masalah sangat cuma ada biji-biji kolestrol di sekitar mata aku. Pernah dengar x biji kolestrol ni? kalau x pernah google la ye, hee.. selain tu, kulit muka aku kusam, tak bermaya dan tone warna muka pon x sekata..selain itu, kulit muka aku pun agak gelap, hee.. Ok, sekarang meh aku share kan pengalaman aku sepanjang makan felina pmvc ni.

Hari ke tiga : Biji2 kolestrol di muka mula mengecut. wah bangun tidur je bila pegang biji2 kolestrol ni terus rasa dah lain, dah makin kecut! wow..memang surprise sangat2 sebab selama ni memang susah betul nak cari produk yang boleh hilangkan biji2 kolestrol ni. selalunya pergi farmasi mesti mereka kata x tahu produk ape yang sesuai, sedih kan! 

Hari ke tujuh : bangun pagi, rase muka sangat lembut dan sangat best! perasaan dia macam baru lepas wat masker telur tu, selembut sutera..hahah.. then, aku pergi kelas macam biasa, kat kelas ade classmate tanya sekarang ni pakai produk apa? then aku gelak2 cakap pmvc.. tapi baru lagi lah.. pastu dia tanya lagi, nak tahu produk apa yang dah lama pakai? aku jawab, aku pakai pencuci muka tia amelia. then seorang lagi classmate cakap; aku pon pakai gak tia amelia tapi nape xmuka glowing macam dia.. see! muka aku nampak glowing..wink wink.. selama ni aku pakai tia amelia muka aku biasa2 jek, xde pon glowing2.. tapi baru jek makan pmvc ni 7 biji terus kawan tegur muka makin glowing. 

Hari ke sepuluh : Aku pergi cuti-cuti dengan BFF ke Genting. Jemah tegur muka aku nampak lain, wah! wink..wink.. dia cakap muka aku nampak glowing and kulit muka pun nampak makin cerah.. haha.. opkos lah aku rasa sangat happy sebab usaha aku berbaloi makan pmvc ni kan kan kan 

Hari ke dua belas : hari ni dah dua belas hari aku makan kapsul pmvc ni tau! selalunya pmvc ni akan bertindak balas dalam badan semasa tidur, so tiap kali bangun tidur mesti akan rasa perubahannya kan. pagi ni bangun tidur, aku rasa kulit kat tangan kaki dan seluruh badan dah mula rasa lembut tau.. ha jeng jeng jeng bestnye bila kulit kita rase selembut baby kan..hahaha...



ni gambar sebelum aku menggunakan produk felina pmvc. kulit muka aku kusam, xbermaya, gelap! 
haaaa perasan tak, bawah mata belah kiri ada biji2 kolestrol, kalau x jelas zoom la ye..hehe


yang ni selepas menagmalkan pmvc. ni gambar hari kesepuluh, masa aku pergi genting hari tu.
nampak kan muka aku glowing glowing gitu..ecececeh..
kulit muka pun dah bertambah cerah, hee

btw, kedua-dua gambar ni tak di edit langsung ye!
original..hee


ok, nanti aku share kan lagi pengalaman aku ye. Buat masa ni, aku rasa produk fellina memang berkesan dan sangat berbaloi untuk aku gunakannya. 



*p/s: meh la share pengalaman anda pakai fellina pure marine collagen vitamin c ni :)

Doa Mengelakkan Malas


Assalamualaikum


Hai semua.. dah lama tak update blog, heee ampun ya.. bz sikit. OK harini nak share satu doa untuk menghilangkan sifat MALAS.  Jom kita amalkan, semoga menjadi lebih rajin.. 



TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


*p/s: Semoga sifat malas dapat dielakkan, dibuang dan merajinkan diri kita semua. InsyaAllah :)