20 November 2011

Hujan itu takkan terasa, bila munculnya sang pelangi.


Bahagia perlu dicari, perlu dikejar..bukan untuk ditunggu. Tunggu lah kebahagian itu, kalau betul bahagia tu boleh datang sendiri. Makanan pun perlu dicari, ini kan bahagia..

Untuk apa kita cari kebahagiaan, kelak kita akan merana?

Tapi...

Betul ke kebahagiaan itu, akan merana?

Jika bahagia itu menyakitkan, jangan pula kita lupa bahawa Allah akan memberi yang terbaik untuk diri kita. Merana untuk bahagia. Bahagia bukan untuk merana. Kesakitan mengajar kita menghargai erti kebahagiaan, tanpa kesakitan siapalah kebahagiaan.

Pelangi akan muncul selepas hujan..

Hidup kita bukannya selalu indah, bukan juga selalu susah.  Hujan turun bukan tiada hentinya, pelangi pasti muncul jua. Hidup susah menjadi bertambah susah jika tidak menikmatinya.
Allah beri kita sedikit kesakitan, untuk kite peroleh kebahagiaan yg tiada bertepian.
Hargailah kesakitan, kebahagian pasti muncul jua seperti sang pelangi muncul selepas hujan.

Carilah kebahagiaan, kerana kebahagiaan itu tetap ada walaupun disisi kesakitan..
Harungilah hujan dengan penuh kesabaran, kelak pelangi menjadi milikmu jua.

Berdua Bersatu ♥





Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu


Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu