Showing posts with label mudah. Show all posts
Showing posts with label mudah. Show all posts

17 February 2012

Kek Coklat Cheese

Salam semua..


18.02 ni birthday encik sayang tau! So, aku ingat nak buatkan kek special utk die..hehe
Td aku dah singgah dr 1 blog ke blog yg lain untuk mencari resepi kek coklat cheese yang paling mudah, then aku pun jumpa 1 resepi ni dr blog kak izzah;
http://izahdaut.blogspot.com/2012/01/kek-lapis-kukus-cream-cheese.html


Nanti kalau aku dah buat, aku share gambar kek tu pulak ye. Insyaallah kalau tak ada apa2 hal, aku akan buat ;)
Ini lah resepinya..


Kek Coklat Cheese


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

Cara-cara
1. Pukul cream cheese bersama dngn gula.
2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-cara
1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
3. Masukkan air panas,susu dan minyak
4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul   sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.
1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....



Selamat mencuba ye! 

14 February 2012

Muffin Coklat ♥

Salam semua..

Ini entry tentang muffin coklat yg aku buat seperti yg aku janjikan aku nk bg resepi ni..
Aku dah buat, so mmg sgt sgt sgt sedap..teksturnye yang lembut, coklat die mmg terasa sgt sgt.
Bahan-bahan dan cara-cara nya lg la senang nak didapati dan senang nk dibuat nye..
Rakan sila buat ye ;)


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Cara1
     Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cara2
     Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Cara3
     Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Cara4
     Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Cara5
     Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Cara7
     Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Cara8
     Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.