26 February 2011

Konvoi Ke Melaka Part I

Salam semua,

Esok aku n kawan2 seangkatan dgn aku yg same2 belajar d UTHM nk g jenjalan tau, hee... so destinasi nya ialah MELAKA! yahoo... jom balek kg, hee.. 
Kepada kawan2 ku sume, SELAMAT DATANG KE TANAH TUMPAHKU :)
Ramai yang join esok tau, ade la dlm 29 orang, so sume nye ade 6biji kete. 

Persiapan before bertolak esok, aku n kawan2 dh g rewang kat umah hawa@bik wawa, haha.. 
mencuci ayam, perap ayam, sosej n bebola ayam. Selain tu, kami wat air n sediakan pape yg patot. 
Alhamdulillah, sumenye dah siap, cume tunggu nak bertolak aje nie, hee... mood: xsabar!



ni tentatif program yg kami persetujui:

7.30-8.00 am    :    berkumpul kat warung depan cili giling (breakfast)
9.00 am            :    bertolak
11.00 am          :    sampai kat bandar melaka (dataran pahlawan, kota a'famosa)
11.00 am- 3 pm:     solat zohor, jalan2 kat bandar
3 pm                 :    bertolak ke pengkalan balak
4.30 pm            :    sampai pengkalan balak 
4.30-7.30 pm   :    solat asar,bbq, games, mandi manda
7.30-8.30 pm   :    solat megrib, kemas2
9.00 pm           :    bertolak pulang!! 




syafiq angkat ayam, kuat ke? haa...

bik wawa selaku chef

aku n zul  same2 tulung chef syg

encik syg bersame kembar.. kembar plak?haha

tok ayah mempromosikan air batu,hee

sosej bersame bebola ayam

syafiq, zul n syed
zura n nad


bebola ayam, yummy~

kaki ayam untuk pengemar kaki, ngeh3


hope sumenye akan berjalan lancar esok, amin~




23 February 2011

Pukul Wanita



SAYANG...
Terlampau sayang sehingga membiarkan diri terus dipukul dan dibuat sesuka hati oleh pasangan bukankah itu satu tindakan bodoh? Fikir-fikirkan lah...





Pasangan yang belum ada ikatan apa-apa tapi si lelaki sudah berani naikkan tangan, tinggalkan. Fikirkan masa depan, jangan fikirkan kalau kehilangan lelaki tu, tak akan ada lagi lelaki yang akan dampingi korang.  
Sangat2 silap. Korang akan dapat lelaki yang lagi baik dan terbaik yang boleh membahagiakan hidup korang.

Bagi isteri, mungkin lebih memikirkan nasib anak-anak yang mungkin tiada bapa jika berlakunya penceraian tapi adakah anak-anak sanggup melihat anda terus dipukul dan disakiti? Entah2 anak akan lebih gembira jika hidup tidak lagi disakiti. 

Don't waste your time with the loser person! 
Sanggup ke jadi mangsa pukul sampai korang dah kahwin??  nak bahagia carilah kebahagiaan k. Carilah yang bertanggungjawab, terima diri korang seadanya dan yang paling penting bukan kaki pukul.
Jangan pernah mengeluh untuk mencari atau menunggu seseorang kerana Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambanya.  Yang penting, sabar.





* p/s : Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, bkn dari kepala utk dijadikn atasnya, bkn dr kaki utk dijadikn 
           alasnya.  Melainkn dari sisinya utk dijadikn teman hidupnya dekat pada lengan utk dlindunginya 
           dan dekat dihati utk dicintainya...



20 February 2011

Pelengkap Hidupku



Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia






Minggu Gemok

Yeayyy2.. minggu ni kan..korang nak tau x.. minggu sy gemok..haha mesti berat sy da hampir nak kalahkan encik syg sy..hehe mane x.. Selasa haritu kan, kami bersama Nad n Che Nad ada join makan2 bersama Hawa, Melly, Zura, Aan n Iffah..heee mcm2 kami makan kat sana..dorang ada masak spagheti,trifle & milkshake.. wow mmg bombastik! hehe.. Masa tu Farah, Dayah n Ecah pon ada.. Meriah tau heee..makan2 + gosip girls jek ngeh3..

Khamis malam pulak, masa malam bday party for the first time utk encik syg.. Kami dah plan utk prank encik syg sy hehe.. hehe majlis malam tu jugak disambut untuk kawan2 lain jugak yg bday die same mcm encik syg sy..iaitu bulan cinta ( februari :D ) makan malam kami ialah mee hoon goreng, nugget, sosej, kentang, cocktail (yg aku buat ngeh3 saje promot) dan macam2 lagi.. Semua masakan ni kami yg sediakan pada malam tu.. Thnx sume yg sediakan makanan dan buat kek yg sedap itu nyam2..

Hari sabtu ni plak.. kami dapat makan free lg.. member wat kenduri bday party.. birthday zafril anis nas hehe.. kami makan nasi lomak dan siap tapau bawak balek hehe... Encik syg sy lagi r..boleh rembat coklat dan duit2 hehe..ramai lah yg dtg majlis2 yang event yg best dan samok~! yeeehaaaa...

Kesimpulanya,minggu ni mmg minggu yg boncit dan gemok bagiku..berat pon dah naek.. asek makan3 jek..kalori pon tinggi..heee Nak kek lg! nyam2~

19 February 2011

Happy Birthday Sayang





Happy, happy birthday to you! I hope you enjoyed yourself just now :)


Thank you for the countless laughter you brought into my life.

Thank you for being there when I needed you.

Thank you for all the wonderful times we had together.



I can go on and on thanking you, but i don't think i need to do that,because you know..




I luv you deeeep deeep! =)

Sempena bufday encik syg sy yg ke 21 ni.. aku n kwn2 plan nk wat prank utk beliau.
haaa
okeh, rancangan nye cm nie,
aku n yum kua g lpk2, then kwn2 yg len prepare kat dataran batu pahat dgn kek
bile kol 12, aku pon drive la bwk die g dtrn
tp
die kene tutup mata dgn selendang.
alhamdulillah..
 everything berjalan lancar

ni ragam kawan2 aku sementara menunggu kedatangan bufday boy, hee


alolo..cian pojang..penat eh

gosip2 yer..



ok, dah nk pukul 12 ni..aku dpt msg dr hawa.
kek slh bwk lak
haha
tragedi, bila aku terpaksa melengah kn mase..haa
sgt2 sush nk lengah kn beliau tau
sampai kene marah
sbb beliau dah lapo
nk mc'd! heee

then, kol 12 lebih aku drive la dgn mata beliau tertutup
haha
bising jek die
laju la tu la ni la.
mcm2!

sampai2 jek, tgk kwn2 dah ramai.
aku bw die g tgh2 pdg
then bile buka selendang yg tup mata tu
kami ramai2 nyanyi lagu happy birthday...



celebrate sekali bufday faris, dayah n nas

bufday boy
Lastly..
thanks pade sume kwn2 yg same2 wat prank utk yum
hepi sgt2 sbb kite ramai2 dpt lepak same2 n meraikan kwn kite
akhir kate,
sayang korang sume!
hope, our friendship will never end.






17 February 2011

Duit Bukan Segalanya

Kasih sayang tak boleh dibeli dgn duit tapi kasih sayang memerlukan duit. Sebab kalau kite sayang seseorang, kite akan beruseha untuk cari duit banyak2 untuk mase depan bersame. Tak rugi pun sbb utk diri sendiri dan bakal family jgk kan. Sape taknak kawin dgn org yg kite sayang kan, nnt dah kawin kene fikir pasal anak2 pulak. Tengok pade ekonomi skrg pun dah cukup.


Kalau ade kasih sayang je tapi xde duit, tak boleh jugak sbb zaman sekarang nie nk hidup kene ade dwet. Pernah je tengok kt newspaper pasal sugar mummy/sugar daddy, bini lari ikot laki lain, suami tinggalkan bini sbb tak mampu nk penuhi nafkah zahir, isteri lari sbb tak sanggup hidup susah. Macam2 kan.


Mmg seharusnye susah senang bersame-same. Tapi kite perlu berusehe untuk kehidupan yg lebih baik. Takkan nk serah pade takdir semate-mate. Dimanekah usehe untuk membaiki kehidupan yg lebih baik dan selesa? Kasih sayang mampu membuatkan seseorang berfikir tentang mase depan supaye org yg disayangi tak rase kesusahan dan akan mendapat tahap hidup yg lebih baik.


"Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit"



16 February 2011

Anggapanmu

 Saya suke sgt lagu2 ziana zain.. nk2 lagu anggapanmu..

13 February 2011

Kerana Saya Tidak Cantik




Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.







10 February 2011

Kekayaan keluarga Mubarak cecah RM212b

KAHERAH - Kekayaan keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak boleh mencecah AS$70 bilion (RM212 bilion), di mana kebanyakan kekayaannya berada dalam Bank Britain dan Switzerland atau terikat dengan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pantai Laut Merah, menurut analisis Timur Tengah, kelmarin.



Selepas 30 tahun memerintah, Mubarak mempunyai akses kepada transaksi pelaburan yang membawa pulang keuntungan ratusan juta pound.



Agensi akhbar Arab, Al Khabar melaporkan, Mubarak mempunyai harta di Manhattan, New York dan Beverly Hills, California.



Profesor fakulti politik sains Universiti Princeton, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan yang dimiliki Mubarak setanding dengan kekayaan pemimpin besar di negara Teluk yang lain.



"Keuntungan yang dikaut kebanyakannya daripada khidmatnya dalam tentera dan kerajaan di kumpul untuk kekayaan peribadinya. Berlaku banyak kes rasuah dalam rejim ini.



"Ini adalah corak diktator Timur Tengah supaya keyaan mereka tidak diambil ketika berlaku peralihan kuasa," katanya.



Laporan Al Khabar menunjukkan beberapa syarikat besar negara Barat yang bekerjasama dengan Mubarak, menghasilkan pendapatan sekitar AS$15 juta (RM46 juta) setahun.





sumber :Sinar Harian

09 February 2011

'Mahasitua'


Salam semua...

Tahu x mahasitua tu ape? haha...
Kalau perkataan mahasiswa atau mahasiswi mesti korang dah biase dengar kn..
Mahasitua ni adalah pelajar dr golongan warga emas.

Tahu x, baru2 nie kan ade seorang pelajar yg berusia 76 tahun di Open university, kat Kota Bahru tau.
Sangat2 tabik lah kat pakcik ni..eh ke atok lbh layak ek??

Walaupun digelar ‘mahasitua’, Awang Yusoff, tidak merasa malu untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lebih muda daripadanya.

Beliau dapat mengharungi semester pertama dalam bidang Pengajian Islam peringakt sarjana muda dan kini berada di semester kedua.


Kawan-kawan semua, jangan malas belajar ye.. tuntutlah ilmu selagi korang mampu.

Lagipun, usia muda ni la masa yang sesuai untuk menguasai ilmu.  Sebab akal kita masih bersih, hidup simple, tak complicated, dalam kata lain nye, xde la byk sgt masalah yg kita kene fikirkan. Waktu ni la waktu yg sgt2 sesuai utk menuntut ilmu, berbanding dengan orang yg sudah berusia.  
Kata Saidina Ali RA "Hati orang muda seperti bumi yang kosong, apapun yang dicampakkan ke atasnya, ia akan menerimanya (tumbuh) ".




08 February 2011

Polis Pujuk Wanita Bogel


Salam semua.. 
Dah bace surat khabar tak hari ni?? Kalau korang ada bace metro, ada 1 berita ni pasal Polis Pujuk Wanita Bogel, hhaha.. apakah?? 
If korang x bace lg, nie la kisah nye... jeng3~


KUALA LUMPUR: Orang ramai gempar apabila seorang wanita warga Afrika muncul di khalayak ramai dalam keadaan telanjang bulat sebelum membuat ‘persembahan’ dengan berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuhraya Lingkaran Tengah II di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.


Saksi kejadian, Mohd Ghani Mohd Ismail, 29, berkata, dia yang menunggang motosikal terkejut apabila melihat seorang wanita melompat-lompat dalam keadaan bogel di bahu jalan.

Menurutnya, perlakuan aneh itu menyebabkan pengguna jalan raya memperlahankan pemanduan bagi melihat ‘tayangan percuma’ berkenaan yang turut menarik perhatian pelanggan bank serta pengunjung restoran berhampiran lokasi kejadian.


“Dua anggota polis lelaki yang menyedari perbuatan wanita itu cuba memujuknya bertenang dan memakai pakaiannya semula,” katanya.

Menurutnya, anggota polis berkenaan yang mungkin serba salah untuk menyentuh wanita terbabit berulang kali menghulurkan pakaian, namun ditepis wanita itu.

“Wanita terbabit yang seolah-olah dirasuk menjerit-jerit dalam bahasa tidak difahami sebelum baring di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita terbabit yang berpura-pura pengsan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian sebelum berlari di sekitar kawasan itu dalam keadaan telanjang.

Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita yang juga pelanggan restoran berkenaan menghampiri wanita terbabit sebelum mengarahkannya supaya memakai semula pakaiannya.


“Agak mengejutkan apabila wanita berkenaan akur arahan itu.

“Wanita itu dibawa ke dalam kereta peronda polis sebelum dipercayai dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.









07 February 2011

Happy Birthday Mieza and Yatie



My friends, on Your Birthday, 
I Have So Many Wishes for You


 

I wish for you to have 
people to love 
people in your life 
who will care about you 
as much as I do

blue skies and clear days 
exciting things to do 
easy solutions to any problems 
knowledge to make the right decisions

strength in your values 
laughter and fun 
goals to pursue 
happiness in all that you do

My friends
Mieza and Yatie 
I wish for both of you to have 
beautiful experiences 
each new day 
as you follow 
your dreams


May All Your Dreams 
Come True on Your Birthday 


NurHidayati Mohd Piah

Kawan sekolah menengah,hee
sekarang ni die study kat poli, perlis..
so bile time cuti sem wajeb berjumpa dgn beliau..haha


Hamiza Hassan

Kawan aku sejak zamak aku kecil lagi, hee...
dah lame kami kawan sejak sekolah Tadika lg
Lame kn?? heee..
hope our friendship will be 4 ever n ever ye!




*p/s : mieza n yatie, nk kawen t jgn lupe jemput k! hee... syg korang, mmuuaahh