20 Februari bermula la sem baru, tahun 3 sem 2.. Makin lama, makin susah susah subjek yang aku kena study ni, tp xpe, usaha tangga batu k!aha, slh plak.. usaha tangga kejayaan.
Bermulanya sem baru ni, maka azam sem lepas dibawa semula ke sem ni disebabkan sem lepas tidak dapat mencapai azam yang aku nak..
Sem ni banyak subjek yang amat amat memerlukan daya ingatan yang kuat, sementalah aku ni yang x berapa nak bagus daya ingatan ni makanya aku perlu kena usaha dengan lebih bagus lagi, InsyaAllah pasti boleh!
Nawaitu!
Ingat, kita belajar kerana Allah.. sebab tu kite berusaha untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayan yang diredhai Allah.
Mudah mudahan ilmu kita semua diberkati, amin.
So, aku kongsikan perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat kejayaan dan menjadi pelajar yang cemerlang;
- Belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari, tidak termasuk buat lab report, assignment tau
- Jangan rajin ponteng kelas macam aku ye, haha
- Berbuat baik dengan pensyarah sebab kita nak dapatkan ilmu yang diberkati kan kan
- Jangan suka termenung atau berangan ye mase waktu kuliah atau kelas
- Ulangkaji cepat cepat selepas kelas, sebab nnt kita akan hilang 80% apa yang kita belajar kat kelas tu
InsyaAllah, mudah-mudahan ilmu kita diberkati. Selamat maju jaya ye!
No comments:
Post a Comment