15 July 2011

Kalau ada jodoh kita jumpa lagi



Salam semua...
Cerita Sekali Lagi..Cinta dah bg aku inspirasi untuk wat entry pasal jodoh, hehe.  Ni semua disebabkan kata2 Mia Sara yg comel tu "Kalau ada jodoh kita jumpa lagi".




Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita sebagai hamba Nya perlulah tahu cara mengenali jodoh kite dalam islam. Tips ini sesuai untuk korang yg sedang mencari jodoh.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M” tau. "3M" ialah sesiapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh;
Memahami
Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.
Memaafkan 
Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan sesebuah hubungan.
Memotivasikan
Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan hubungan itu, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
So kalau korang nak cari jodoh, carilah yg boleh lakukan 3M supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku perceraian. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Zaman sekarang ni ramai yang bercinta tapi tak kekal lama, xsampai ke jinjang pelamin. Ini kerana itu bukan jodoh mereka.  Ada 3 jenis jodoh iaitu:
 JODOH DARI SYAITAN 
Lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
 JODOH DARI JIN
Lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
JODOH DARI ALLAH
Pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Walau apa pun jenis cinta yang ada, ianya semua kuasa Allah . Jadikan 3M sebagai panduanasas untuk mencari jodoh. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.


*p/s: Kalau ada jodoh tak kemana kn.. =)

13 July 2011

Wordless Wednesday #3

Salam semua..


Cute kan baby ni??
alolollolololo tomeynye die...hik3



Malaysia vs Arsenal



Salam semua...



Malam ini bakal berlangsungnya perlawanan bersejarah antara pasukan Harimau Malaya dan The Gunners buat kali ke-3 tau, mst semua org dh thu kn kn... Perlawan ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, jam 8.45 malam.  
Kali terakhir Arsenal datang ke Malaysia pada tahun 1999 tau. Ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut, seramai 80000 peyokong memenuhi ruang stadium.


Akhirnya, selepas 12 tahun, pasukan kendalian Arsene Wenger akan kembali dengan barisan pemain-pemain utamanya.


Apa yang menariknya hampir kesemua pemain utama kelab tu mengikuti jelajah ini kecuali ketua pasukan Cesc Fabregas yang masih menjalani kecederaan harmstring yang berlaku di akhir musim lepas. 

Senarai pemain Arsenal untuk malam ini adalah; 
Wojciech Szczesny
Vito Mannone
Sebastien Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna
Theo Walcott
Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Carlos Vela
Robin van Persie


~Kenangan Malaysia vs Arsenal~

Posted Image

1975-Malaysia menentang Arsenal Malaysia menang 2-0
Allahyarham Mokhtar Dahari menjaringkan kedua-dua gol itu


1999- Malaysia 0 Arsenal 2 dibawah pimpinan Abdul Rahman Ibrahim



Malam ini, adakah satu lagi sejarah bakal tercipta??



MALAYSIA akan ambil setiap perlawanan persahabatan ini sebagai pelengkap persiapan sebelum menghadapi Singapore nanti untuk kelayakan PIALA DUNIA 2014.
MALAYSIA akan turun seperti Harimau yg lapar demi memastikan 
 maruah negara tidak tercalar. 

HIDUP HARIMAU MALAYA!!!
 TANAH TUMPAHNYA DARAHKU <3






*p/s: Marilah bersama-sama mendoakan kejayaan pasukan Malaysia..

Lelaki Pink atau Merah Jambu


Salam semua... 

PINK dan LELAKI atau LELAKI dan PINK ??? haha, same jek k.


Posted Image
kucing ni pon nak pink gak tau, gegeege =D


Pink atau merah jambu sering membuatkan kebanyakkan lelaki berkerut dan mengeleng, eh yeke?? 
Erm, myb ade sebilangan lah k yg anggap warna pink ni xsesuai dgn jiwa mereka disebabkan pink yg lebih sinonim dengan sifat feminin kaum hawa..  

Menurut sumber, pensyarah fi Lancaster University, Britain, Dr. Verinika Koller mendakwa, masa sebelum perang dunia pertama, warna pink ni sllu di pakaikan kepada kanak2 lelaki tau! Manakala, kanak2 perempuan warna biru. Myb warna merah jambu yg merupakan adek beradek dgn warna merah so, warna ni nampak lebih agresif berbanding biru yg dikaitkan dengan kelembutan seperti lautan dan langit.
Bagaimanapun, keadaan berubah menjadi sebaliknya selepas perang dunia pertama. Para pekerja lelaki mula memakai pakaian bewarna biru, manakala industri pemasaran menggunakan warna pink untuk kaum wanita. 

Sekarang ni kaum lelaki dh mula berjinak dgn warna pink tau, kite leh tengok sendiri kat mana2 pon ade jek lelaki yang menggunakan warna pink. Tak kisahlah..baju ke topi ke jam ke kereta ke...ha, ape lg ek?? 
oklah, dan sebagainye seperti yang korang nampak lah kn.


Zaman sekarang ni dah tak pelik pon kalau lelaki dan pink! kn kn.. Mesej nye senang je, jika kena gaya kaum lelaki boleh nampak macho tau,hee. Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang yang berkeyakinan dan berani. wiiwwiit! ape lg..guna la warna pink ye.. haha..


Jambu Maharaja Lawak berkeyakinan dengan pink, huu..


David Beckham, hot!


Christiano Ronaldo, pink!


Encik sayang pon nk pink jgk, eheh =P





p/s: Adakah kaum lelaki berani menyahut cabaran memakai warna pink?? hee

11 July 2011





10 July 2011

Zeera dah Gemok



Salam semua..


Hai, hai..lame dah aku xupdate blog. Biase la org bz mengalahkn pm plak, kih3.. Dah seminggu aku balek dr survey camp d Teluk Ramunia, nanti next entry aku cerita pasal pengalaman aku kat sane eh.
Ni aku nk bgtau sume orang yg aku dh gemok! OMG! OMG! kihkihkih..
Haa..baru 2 bulan cuti sem ak nye bdn dh makin menjadi bulat plak, nampaknye kerje aku time cuti ni dah berjaya. hee, nk thu x kerje ape??
Haa, opkos la kerje menternak lelemak. ngeh3~


Ok, skrg timbul mslh baru pule bile paha sudh makin membesar sua jeans pula tetibe makin mengecil..haihh, kesian aku..nk gune sua jeans pun dah malu skrg ni, sobs.
Marila rakan-rakan semua membantu aku untuk menjage semula diet aku supaya menjadi manusia yg sihat cergas dan bahagia... =)

Pic pertama nie mase zaman kegemilangan hot market haha.. mase ni baru putus cinta, sebulan xselere makan tau. seminggu aku xmkn. Kalo lapo pon, aku jus mkn sosej.. tu jek la, sbbb mknn tu jek yg aku leh telan. selain dr tu, mmg ak xmkn. haa, tgk la pic ni.. mmg slim kot.. berat bdn aku pon turun 4kg tau..huhu..

Pic yang ke-2 plak, haa.. ni setahun setengah lps zmn aku kurus dlm kate lain nye aku dh gemuk semula d sbb kn hdupku yg tersangat2 lah bahagia..sampai mkn pon xingt dunia.. mkn mkn dan mkn. 
Btw, thanks tu encik sayang sbb wat hdup ni kembali ceria semula, maceh syg, luv u!



Zaman Kurus

Zaman Gem Gem (Gemok) =P





*p/s: Help! nk kurus...hahaha...



06 July 2011

Wordless Wednesday #2


UBAT GATAL BAGUS UNTUK ORANG YANG ADE PENYAKIT GATAL