15 July 2011

Kalau ada jodoh kita jumpa lagi



Salam semua...
Cerita Sekali Lagi..Cinta dah bg aku inspirasi untuk wat entry pasal jodoh, hehe.  Ni semua disebabkan kata2 Mia Sara yg comel tu "Kalau ada jodoh kita jumpa lagi".




Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita sebagai hamba Nya perlulah tahu cara mengenali jodoh kite dalam islam. Tips ini sesuai untuk korang yg sedang mencari jodoh.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M” tau. "3M" ialah sesiapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh;
Memahami
Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.
Memaafkan 
Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan sesebuah hubungan.
Memotivasikan
Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan hubungan itu, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
So kalau korang nak cari jodoh, carilah yg boleh lakukan 3M supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku perceraian. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Zaman sekarang ni ramai yang bercinta tapi tak kekal lama, xsampai ke jinjang pelamin. Ini kerana itu bukan jodoh mereka.  Ada 3 jenis jodoh iaitu:
 JODOH DARI SYAITAN 
Lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
 JODOH DARI JIN
Lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
JODOH DARI ALLAH
Pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Walau apa pun jenis cinta yang ada, ianya semua kuasa Allah . Jadikan 3M sebagai panduanasas untuk mencari jodoh. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.


*p/s: Kalau ada jodoh tak kemana kn.. =)

2 comments:

  1. Yesss! Okay ada jumpa orang lain explain pasal benda ni. Haha

    Lately ni baru cerita pasal logik sebenar lovey dovey. Everything will relate back to love secara Islam.

    Cuba baca dulu :D

    http://kucinganstudio.blogspot.com/2011/07/logik-sebenar-lovey-dovey-cinta-bla-bla.html

    ReplyDelete
  2. bw sini sambil komen entri ni :)

    http://vanillazlikecookies.blogspot.com/2011/07/gilaaaaa.html

    ReplyDelete