13 March 2011

Jepun Dilanda Tsunami dan Gempa Bumi



Salam semua..


Ujian Allah didatangkan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui kekayaan, kemiskinan, bencana, kesedihan dan kegembiraan, namun ada di antara kita yang mungkin tidak sedar dengan bentuk-bentuk ujian tersebut.

Bagaimanapun kejadian tsunami di Jepun kelmarin sepatutnya dijadikan iktibar bahawa ada sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama kerana setiap kejadian pasti ada sebab dan akibatnya.

Kejadian tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu bagaikan suatu peringatan buat semua bukan sahaja masyarakat di Jepun..tapi semua manusia di dunia ni ye, termasuk diri aku sendiri..



Bila melihat kejadian ni, terasa besarnya kuasaMu ya Allah. Keinsafan terdetik dihati. Semoga mereka yang mengalami keadaan ini akan bersabar dengan segala yang berlaku.







 






*p/s : ALhamdulillah sbb negara kita terpelihara daripada bencana alam, n mari la kita sume berdoa moge mangsa2 jepun di sana selamat, amin...





No comments:

Post a Comment