KUCING JANTAN SUKA DIBELAI
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek
ke, isteri ke, ibu ke, mama ke, umi ke, mak ke.. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka wanita yang kasar.
KUCING JANTAN SUKA MAKAN & CEPAT LAPAR
Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, faham ajelah bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan.
Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang belum menjadi isteri lagi, sila nelajar masak ye. Kepada para isteri pula, rajin2 lah memasak tau dan kalau xtahu boleh la belajar. Tak salah kn kalu kite tambah ilmu rumahtangga ni demi kebahagiaan kita, kan kan..
Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang belum menjadi isteri lagi, sila nelajar masak ye. Kepada para isteri pula, rajin2 lah memasak tau dan kalau xtahu boleh la belajar. Tak salah kn kalu kite tambah ilmu rumahtangga ni demi kebahagiaan kita, kan kan..
KUCING JANTAN KUAT TIDUR
Kebanyakkan lelaki memang kuat dan suka tidur. Oleh kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya jika tidak.. ada yang akan mengamuk lak nanti ye dan lebih teruk lagi kalau jadi macam kucing, dia tidak mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Korang semua nak ke suami anda beralih tempat tidurnya???? Ha....Jadi, jangan kacau time dia tidur tau.
KUCING JANTAN KUAT MERAYAP
Lelaki juga sama seperti kucing. Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan-kawan ha tapi part ni tak sama dengan kucing. Tapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan ??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan . Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
KUCING JANTAN MAHAL/BAKA BAIK MAKAN FRISKIES, KUCING JANTAN KAMPUNG MAKAN IKAN LAUK NASI
KUCING JANTAN TAK SUKA DIPAKSA
Ermmm.., ni memang sangat-sangat betul. Sama macam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tapi dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
KUCING JANTAN ADA PERASAAN INGIN TAHU (CURIOSITY)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Lu pikirlah sendiri mana yang baik dengan yang buruk kan .
KUCING JANTAN AKAN MEREBUT KAWASAN MEREKA
Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut-rebut kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
KUCING JANTAN ADA EGO
Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", yang ni kalau time ia tak lapar langsung tak datang kat kita, lainlah kalau memang kucing tu jenis yg dengar kata. Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih-lebih lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
KUCING JANTAN TAKKAN PERNAH SETIA KAT SEEKOR KUCING BETINA
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah , hampir 78%, lelaki takkan kahwin dengan girlfriend pertama dia
(pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tapi firstgirlfriend dia).
Begitu juga dengan lelaki yang modern dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dengan first girlfriend dia. Tetapi ada juga la lelaki yang memang setia pada yang satu & jenis tak nak tukar-tukar girlfriend/isteri. Haa.. yang ni tak ikut perangai kucing tau.
*p/s: entry ni sekadar suke2 ye.. =)
No comments:
Post a Comment