25 February 2012

Ayat Kursi Amalan Bersama

Salam semua...

Adakah anda semua tahu kebaikan mengamalkan ayat kursi ni? Meh aku share sedikit info yang aku dapat melalui kawan aku.


Ayat Kursi:
  •  Bacalah pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
  •  Bacalah saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
  •  Bacalah setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
  •  Bacalah pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam 
  •  Bacalah setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian

 


*p/s: Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap 
  orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat~


23 February 2012

Terukir di Bintang - Yuna

Salam semua..

Dah penah dengar tak lagu yuna terukir di bintang? best kn..
Sejak aku dengar asek2 nak ulang ulang dan ulang..haha.. lagu ni sweet jek.. mcm gedik2 manje jek, hik3~


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

*p/s: suke lirik die! heee..


22 February 2012

Tahun 3 semester 2

Salam semua..

20 Februari bermula la sem baru, tahun 3 sem 2.. Makin lama, makin susah susah subjek yang aku kena study ni, tp xpe, usaha tangga batu k!aha, slh plak.. usaha tangga kejayaan.
Bermulanya sem baru ni, maka azam sem lepas dibawa semula ke sem ni disebabkan sem lepas tidak dapat mencapai azam yang aku nak..

Sem ni banyak subjek yang amat amat memerlukan daya ingatan yang kuat, sementalah aku ni yang x berapa nak bagus daya ingatan ni makanya aku perlu kena usaha dengan lebih bagus lagi, InsyaAllah pasti boleh!

Nawaitu!
Ingat, kita belajar  kerana Allah.. sebab tu kite berusaha untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayan yang diredhai Allah.
Mudah mudahan ilmu kita semua diberkati, amin.

So, aku kongsikan perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat kejayaan dan menjadi pelajar yang cemerlang;


  • Belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari, tidak termasuk buat lab report, assignment tau
  • Jangan rajin ponteng kelas macam aku ye, haha
  • Berbuat baik dengan pensyarah sebab kita nak dapatkan ilmu yang diberkati kan kan
  • Jangan suka termenung atau berangan ye mase waktu kuliah atau kelas
  • Ulangkaji cepat cepat selepas kelas, sebab nnt kita akan hilang 80% apa yang kita belajar kat kelas tu


InsyaAllah, mudah-mudahan ilmu kita diberkati. Selamat maju jaya ye!

21 February 2012

Sweet 19 Afiq!

Salam semua..

19 februari yang lepas birthday adik aku yg ke-3.. Muhammad Afiq Bin Roslan. Dah 19 tahun pon!

Semoga;
- panjang umur
- murah rezeki
- ceria ceria selalu
- belajar rajin rajin + pandai pandai
- dapat jodoh yang baik, tp jangan langkah bendul plak ye! haha
- berjaya dunia dan akhirat
- lastly, semoga handsome sentiasa ;)


*p/s: sesiapa yang nak jadi adik ipar, meh la isi borang..hikhikhik 



19 February 2012

Birthday Encik Sayang!

I want you to know how lucky I am to have you! 


Happy birthday my dear 


 May your day overflow with joy and success!!!



*p/s: Belum sempat nk celebrate, tunggu balik batu pahat baru celebrate. ;)




17 February 2012

Kek Coklat Cheese

Salam semua..


18.02 ni birthday encik sayang tau! So, aku ingat nak buatkan kek special utk die..hehe
Td aku dah singgah dr 1 blog ke blog yg lain untuk mencari resepi kek coklat cheese yang paling mudah, then aku pun jumpa 1 resepi ni dr blog kak izzah;
http://izahdaut.blogspot.com/2012/01/kek-lapis-kukus-cream-cheese.html


Nanti kalau aku dah buat, aku share gambar kek tu pulak ye. Insyaallah kalau tak ada apa2 hal, aku akan buat ;)
Ini lah resepinya..


Kek Coklat Cheese


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

Cara-cara
1. Pukul cream cheese bersama dngn gula.
2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-cara
1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
3. Masukkan air panas,susu dan minyak
4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul   sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.
1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....



Selamat mencuba ye! 

Happy Birthday Aiman!

Salam semua..

16.02.99 lahirnya seorang putera bongsu dalam keluargaku.. Mohd Aiman Bin Roslan.
Dah umur 13 tahun dah sekarang ni, malahan dah same besar dengan kakak-kakak dia. haha, setiap kali keluar pergi jenjalan, kalau kami bertiga sahaja dah mcm rakan sebaya pulak..haha
Afiq dh study kat kelantan, so dh kurang hang out bersama, sobs~

Masa aku darjah 3, aiman lahir! excited sgt2 mase tu sbb dapat adik kecit, hehe.. dah la mase tu, ya Allah tembam sgt2 die tau, comel plak tu! sebagai kakak sulung yg comel + baik hati aku lah yg selalu tolong mak, buatkan susu, cebok kan die, haha.. sekarang dh besar panjang dah, tp! perangai manja tetap ada. Yelah kn, adik bongsu la kata kn...
Sampai sekarang ni, kalau aku cuti sem duduk kat rumah mseti die buli aku tau! haha..
Balik2 sekolah jek, akak nk nasi! akak nk air milo! akak jom g 7e!
Haha, kalau marah2 malas nak layan mesti mak cakap; sape lg nak manjakan kalau bukan adik bongsu, aha..
sape yang x syg adik kn kn..

Semoga Aiman murah rezeki, ceria selalu, dan belajar rajin2 tau!

kek aiskrim baskin robbins yg tersangat sangat lah cepat cair, tajaan nabila khas utk aiman

bufday boy mmg suke buat muka mcm tu, sila jgn ambil kisah ye..haha

upacara pemotongan kek, yehaa..kek keras sgt

ayah dan sayee..

kek coklat + vanila and pizza hut, yummy!

ehem!

nabilah

ayah

emak

bufday boy!
Afiq tak da,sbb die ade kat kelantan.. 19.02 ni bufday die plak!



15 February 2012

Pelamin Anganku

Salam semua..

Pelamin anganku, aik? bunyik tajuk nye mcm dh gatal nk kahwin jek..hak3..
Owh tidaklah sebegitu alkisahnye, tetapi menyimpan angan angan agar dapat memiliki pelamin pink di hari yg indah, ha..x salah kn x salah kn..

Pelamin Pink??
Warna kegemaran tu, haha..jgn jeles ok! Cantik kan?? Suke sangat campuran warna pink and putih. Mungkin bila sudah sampai seru utk kahwin, aku nk warna tema pink! haha, kepada bakal suamiku.. sila bersiap sedia, PINK ok??


Cantikan pelamin ni.. haha.. credit to cousin my beloved encik sayang..
Kalau nk lebih details sila jenguk fb die ye; 

Ada banyak pilihan pelamin yg cantik2 tau!  wah, tetibe xsabar nk kahwin, ececeh..ulat bulu dah naik badan...




Betol kn cantik cantik jek semua pelamin ni!! haha.. aku dah gile. sabar sabar, lambat lagi nak kahwin.. 


14 February 2012

Muffin Coklat ♥

Salam semua..

Ini entry tentang muffin coklat yg aku buat seperti yg aku janjikan aku nk bg resepi ni..
Aku dah buat, so mmg sgt sgt sgt sedap..teksturnye yang lembut, coklat die mmg terasa sgt sgt.
Bahan-bahan dan cara-cara nya lg la senang nak didapati dan senang nk dibuat nye..
Rakan sila buat ye ;)


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Cara1
     Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cara2
     Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Cara3
     Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Cara4
     Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Cara5
     Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Cara7
     Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Cara8
     Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Muffin Vanilla ♥

Salam semua..

Cuti sem aku dah nak berakhir, huwaaa malasnye nk balek u, ok!
haha.. mengade kn aku ni tp kisah ape..yg penting aku lebih suke duduk rumah sendiri, hehe..

ok, disebabkan aku yg terlebih rajin mlm td..so aku ape lg tunjuk la skill aku yg terhebat ni, jeng3.. jd masterchef! haha.. ok, sila jgn terkejut sbb aku mmg suke duduk dapur buat kek.
Mlm td aku sempat buat 2 jenis muffin, muffin vanilla and muffin coklat. aku bg resepi muffin vanilla ni dulu tau, dekat entry yg lain aku bg resepi muffin coklat plak.


Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.

ok siap!!! senang kan? ape lagi..cuba la.. tau tau ;)


02 February 2012

Jorjazahra's Collection

Salam semua!

Jom jenguk Jorjazahra's Collection!
Ni page aku n partner aku, so jenguk2 la ye..beli2 sekali la eh..hehe..
Macam-macam kami ade jual..
Jangan lupe jenguk tau!

btw, ada pertandingan mencipta banner Jorjazahra's Collection tau!
Jom la join, hadiah kamera lomo aquapix tau!
nak x??
free aje..yg penting kene join contest nye; contest-mencipta-banner-for-jorjazahras


JorjaZahra's Collection

ok bai! jgn lupe join tau!