03 June 2011

Kasut oh Kasut


Salam semua...
Kali ni aku nk cite pasal tips untuk membeli kasut, especially utk kaum Hawa.. eh, kaum Adam pun buleh gak..heee
btw, aku skrg ni keje part time promoter selama 20 hari kat Jusco Bandaraya Melaka
so, berdasarkan pengalaman aku menjaga kedai kasut maka lahirla tips2 untuk membeli kasut ni.


ok, ini lah tips nye;

~ Elak membeli kasut dengan hanya berpandukan saiz saja.Different brand different size.
so, makesure tumit kaki & jari kaki tidak terkeluar dari saiz asal kasut. 

~ Elakkan kasut yang menyesakkan/sempit,  walaupun korang sangat2 menyukainya. 

~Jangan beli kasut yang terlalu ketat untuk mengelakkan rasa sakit & melecet. 

~ Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
Berdiri tegak dan cuba berjalan di kawasan sekitarnye.

~ Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan keselesaan dan kesesuaiannya pada kaki anda.

~ Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.

~ Cek kasut tu, takut2 ade yg sebelah lain pulak.  
Cek jugak jika kasut tu kotor, benang tercabut ke..

~ Elakkan membeli kasut display or sample. Faham2 jelah, dah ramai sgt org mencube.
Mesti xbest kan kalau beli kasut yg ramai org dh cube kn?






*p/s: Elakkan menyusahkan promoter ye, hee.. =)




1 comment: